Friday 18 July 2014

Al-Fatehah & Takziah : MH17 Dalam Kenangan




Kadang2 kita terlepas padang sesuatu maka kita di uji sedemikian rupa, tapi ujian kita makin hari makin parah jadi kita perlu tengok di mana silap kita dan cuba perbetulakan,  kehilangan MH370 masih belum terjawab timbul isu baru MH17 terhempas, mungkin kita akan cakap ini semua kehendak olehNya tapi adakah term itu boleh digunapakai dalam situasi ini, ya kita kena PERCAYA Qada & Qadar tapi dalam pada masa yang sama kita perlu cari maklumat yang lain dalam Islam mencari dan menimba ilmu itu adalah wajib, jadi apa tugas kita? Menunding jari pada orang lain? Menunggu maklumat sampai di hadapan kita? Share maklumat yang kita sendiri x pasti?







Tidak wajar untuk menunding jari pada Kerajaan tapi pada hakikatnya kita semua silap, Kerajaan Silap dan rakyat Malaysia sendiri silap. Kita sebuah Negara Islam adakah susah untuk kita mengIslamkan Negara kita? Adakah Negara kita di landasan Islam yang sebetulnya? bagaimana pula  peratusan Majlis Majlis Ilmu Agama berbanding Majlis-majlis yang melibatkan sosial? Kesilapan rakyat pula adalah TIPIKAL, majoriti orang Malaysia tidak boleh berfikiran bebas ertinya sentiasa didorongi oleh parti parti politik, didorongi orang-orang tertentu dan paling parah bagi orang Islam adalah bila timbul hadis-hadis baru yang kononnya mmg tertulis dalam kalam Allah Al-Quran terjadinya peristiwa peristiwa seperti ini, bukan tu je , mula lah mesej yang kita sendiri x sohih kita share itu lah kebanyakan rakyat kita buat. Apa kata dari kita buat kerja yang x berfaedah sprt tu baik kita diam dan cari maklumat yang sebetulnya sama ada bertanya dari yang lebih memahami atau pun banyakan membaca.





Jika kita ni seorang yang berfikiran terlalu jauh itu bagus tapi jangan lupa untuk pandang belakang (sejarah), kerana kebanyakan sejarah ni yang akan memboleh kita berfikiran lebih matang. Sebelum terjadinya isu MH17, Masyarakat Dunia tertumpu kepada keadaan Di Gaza Palestin, semua mata di dunia tertumpu kepada  kekejaman serangan israel laknatullah ke atas penduduk muka bumi Gaza Palestin tapi ingatkah kita ketika Gaza Palestin di serang dengan rakus oleh israel laknatullah, perhatian kita di alihkan dengan World Cup? Dan masyarakat kita sendiri lebih fokus pada world cup daripada fokus kepada isu Gaza Palestin. adakah itu satu kebetulan? Tapi bagi aku itu adalah strategi.


Russian President Vladimir Putin
Russian

Ukrainian President Viktor Yanukovych

Ukraine



Selepas semua mata dunia tertumpu pada keganasan israel pada Gaza Palestin, timbul pula isu MH17 di tembak di kawasan konflik antara Ukrain – Rusia, pernah ingat isu kehilangan MH370 yang mana ada pihak cuba menarik salah satu negara tersebut untuk di sabitkan dengan kehilangan pesawat MH370, dan sekarang MH17 terhempas di kawasan konflik tersebut, adakah ini kebetulan atau ada agenda lain? Sekarang kita dapat lihat apa yang terjadi, semua media dunia menjadikan MH17 sebagai isu utama, walhal sebelum itu Isu Kemanusiaan di Gaza Palestin yang menjadi tajuk utama majoriti masyarakat dunia.








Beberapa hari sebelum isu MH17, di khabarkan israel laknatullah telah bersiap sedia untuk menyerang Gaza Palestin melalui serangan darat selepas serangan bertubi tubi dari ruang udara Gaza. Adakah perhatian kita di kalihkan sekali lagi dalam isu ini? Dan lagi satu Malaysia merupakan negara yang paling lantang dalam menyuarakan isu di Gaza Palestin. Adakah ia satu kebetulan atau strategi baru?




Jangan sesekali kita terlepas pandang dalam Isu Gaza Palestin.





Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatehah kepada mangsa yang terlibat dan takziah kepada keluarga mangsa.






(Hanya sekadar pandangan peribadi)


#Pray4Gaza
#Pray4Palestine
#Pray4MH370
#Al-FatehahMH17



1 comment:

  1. Salam takziah dan Al Fatihah kepada mereka yg telah pergi
    Alhamdulillah kerana Israel dan palestin telah mendpat kata sepakat untuk membangunkan sempadan GAZA
    Syukur Alhmdulillah kita menjadi rakyat malaysia yg hidup aman makmur

    ReplyDelete