Thursday 12 March 2015

SIEM REAP . PHNOM PENH . CAMBODIA . DAY 3

Dalam kul 9 pagi kita orang sampai Phnom Penh, tuk tuk pun dah ada, so dia bawak g sarapan lepas sarapan kita org gerak ke Masjid Muc Dac untuk sampaikan sedikit sumbang yg di amanahkan kepada kita orang, ada hamba Allah yang sedekahkan $ , ada yang sedekahkan Al-Quran, ada stationery , moga Allah lipat gandakan rezeki korang semua. kalau korang ada niat nak sampaikan sumbangan boleh la jumpa wakil2 yang terpilih sbb utk bayar letrik masjid pun dia orang x dpt bantuan dari mana2.

kat Phnom Penh kita orang stay kat Angkor Mithona Guesthouse, mandi segala pastu kita orang terus ke Choeng Ek Genocidal Center atau pun orang selalu cakap Killing Field . fees dia aku x ingat berapa, tp murah la jugak. Pas bayar fee tu dia akan bagi kita audio , audio tu dalam pelbagai bahasa, kalau paham bahasa Punjabi boleh pilih, tarak hal . haha


kat Phnom Penh kita orang stay kat Angkor Mithona Guesthouse, mandi segala pastu kita orang terus ke Choeng Ek Genocidal Center atau pun orang selalu cakap Killing Field . fees dia aku x ingat berapa, tp murah la jugak. Pas bayar fee tu dia akan bagi kita audio , audio tu dalam pelbagai bahasa, kalau paham bahasa Punjabi boleh pilih, tarak hal . haha

Dengar je audio tu dah macam mengerunkan dah. Sejarah Killing field adalah tpt untuk membunuh tahanan2 pada zaman Pol Pot. Setiap tempat tu ada sejarah sendiri, bayi pula akan di baling pada Killing Tree sehingga mati. HIGHLY RECOMMENDED!!

Dalam tu jugak ada banggunan yang menimpan tengkorak2 mangsa2 pembunuhan beramai2.

Untuk hari pertama di phnom penh ni tu je yang kami lawati sbb kat phnom penh x bayak tmpt untuk melawat. Cadangnya untuk ke Russian Market tapi x sempat sbb Russian Market tutup kul 5 petang. HIGHLY RECOMMENDED!!


Malam tu kita orang jalan2 area hotel je, sbb tatau nak g mana dah.


Ustaz ni sempoi je ... 

Wednesday 11 March 2015

SIEM REAP . PHNOM PENH . CAMBODIA . DAY 4





hari ni Last day kita orang kat sini ,  awal pagi dah gerak g Toul Sleng Genocide Museum .  Toul Sleng ni merupakan pusat tahanan sebelum mereka di bunuh dekat Choeng Ek yang ada killing tree tu, toul sleng ni la punca nya .. haha 
Toul Sleng ni kalau x silap dulunya sekolah , lepas tu dia orang renovate jadi mcm penjara uols .. cerdik sunggoh .. bayaran masuk dia murah mcm masuk choeng ek jugak tapi x ingat la berapa. abam ni pelupa, banyak makan semut gamaknya. kat sini dia ada pamerkan gambar tahanan yang di bunuh, peralatan yang di gunakan untuk menyeksa tahanan sampai mati, dan boleh merasai nak masuk dalam jail yang depa renovate tu. perasan kat sini mmg sedih dan seram hoiii .. haha

pastu baru gerak g Russian Market , besar la hoi market ni, jenuh nak berjalan , kalau nak shopping kat sini mmg berbaloi, murah sangat2, tapi kalau dah murah so apa lagi shopping laaaaaaaa ... tgh jejalan tu ada la perasan satu kedai minum kopi The Best Coffee in Cambodia kat dalam market, 1 cawan kopi $1 , uncle ni plak peramah uols, banyak cakap, tap orang tanya lain dia jawab lain , kita orang tanya pasal cambodia dia boleh jawab pasal thailand, so kita orang gelak je , tapi nak habaq la kopi dia mmg tip top 5 bintang!! abam x tipu .. HIGHLY RECOMMENDED!!

sempat la kita orang singgah tpt2 yang x berapa nak berkualiti kat Phnom Penh ni, tapi macam yang abam cakap phnom penh ni mmg x banyak tpt menarik untuk di lawati. petang tu banyak habiskan masa dekat dataran kemerdekaan kat bandar depa tu , duk terkinja2 selfie uols . haha 

malam kita orang g minum2 kat area Istana Raja depa, jalan2 punya jalan br lah ternampak orang jual makanan eksotik .. aku tatau la mcm mn depa boleh sumbat tekak makan benda pelik pelik tu .. dem!!

Esoknya kita orang balik KL flight awal pagi, maka berkahirlah trip Siem Reap - Phnom Penh ni . pastu bkin havoc kat Aiport . haha

Terima kasih pada kawan2 yang snap gambo2 ni ..

Nasrul Arif
Ustad Shahrul
Amar
Konah
Kak Ain
Suhana


Toul Sleng Genocidal Museum

SIEM REAP . PHNOM PENH . CAMBODIA . DAY 2

Permulaan hari ke-2 ni kita orang target nak tgk sunrise so kena lah bangun awal, jam 4 pagi kita orang gerak ke Angkor Wat.

Sampai depan Angkor Wat tu ada pengawal yang akan check tiket, tiket Angkor Wat $20 untuk 1 day visit, kita orang beli sebelum naik g tgk sunset kat Phnom Bakheng semalam.


Walawei, ramai gila orang dah menunggu nak tgk sunrise, memandangkan kita org x kisah sgt pasal sunrise ni so tukar plan terus masuk ke dalam banggunan Angkor Wat dan yg syoknya orang x ramai time tu sbb masing2 berkumpul nak tgk sunrise, so boleh lah posing bagai nak rak . haha 

Lagi 1 nak habaq mai, temple2 ni semua dekat2 je, kalau jauh pun x jauh mana. so x yah risau bab masa la, cuma kena pandai posing nak begambar je .. gituh!! haha



Petang tu kita orang g tgk Boxing dan aku cadangkan kalau korang sempat g la tgk tiket $15 untuk sekali masuk bg 4 sesi orang bertumbuk .. hahaha kalau nasib korang baik bolek tgk Bokator. Bokator ni extreme sikit. Highly Recommended!! 



Dalam jam 9 malam kita orang bertolak ke Phnom Penh naik 'Bus Hotel'. indah kabar dari rupa, sepanjang 9 jam kita orang kena baring je dah macam dalam keranda haha tapi bila tangkap gambar rasa mcm kita orang ni spesis tikus dalam bus hotel ni 

Angkor Wat

Tuesday 10 March 2015

SIEM REAP . PHNOM PENH . CAMBODIA . DAY 1

Wow!! Lama gila x hupdate benda alah ni ..

Ni abam nak hidang kan gambar2 kita orang time kat Cambodia bulan Oktober 2014 lepas, Abam just nak cerita itinery je, x nak mengomel panjang lebor sbb bukan korang nak baca pun kan .. haha


Untuk 1st day ni aktiviti kita orang hanya menyusuri Sungai Gangga Yindia .. eh silap menyusuri Tasik Ton Le Sap dengan caj $20 sorang.. pergh!! Mahal wei .. xtvt ni abam boleh klasifikasikan sebagai NOT RECOMMENDED!! sbb xde pape  dik non..

Pastu kita orang g tgk sunset dekat Phnom Bakheng, kena hiking sikit dalam 15 min pastu bila dah sampai, mmg korang akan dapat pemandangan yang lebih kurang ohsem untuk tgk sunset .

Kalau nak makan dekat Siem Reap tu abam Rekomen kan Restoren Hj. Musa , sedap dan paling penting murah x macam kedai yang lunch kita orang g tu mahal dan x sedap.


biarpun kaki terseliuh berbandage bagai kalau bab berjalan abam no 1 tau .. haha