Entry kali
ni sangat bertuah sebab kawan aku sendiri willing untuk kongsi pengalaman dia
sewaktu 2 minggu berada dekat Istanbul atas urusan penyelidikan. meh sini aku intro sikit
kawan aku ni, nama dia Nasrul Arif Ahmad
Mahmud, pelajar akhir jurusan Architecture Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sem ni adalah sem terakhir so all the
best!!
Belum
pernah termimpi dapat peluang mcam ni. Selalu dapat jalan pusing Malaysia je.
Tapi kali ni pergi lebih jauh, lebih lama . Mengenal dunia lebih luas.
Berbumbung awan dan berlantai tanah negara orang. Turki kami datang. Semuanya
untuk satu tujuan. Senibinanya mengagumkan.
“Architecture Heritage Research : Rustem Pasha Madrasah”
Perjalanan: (Qatar Airways)
Perjalanan Pergi
ambil masa 7 jam dari KLIA sampai Hamad International Airport, Doha,
Qatar. Transit 1 jam Setengah lepas tu naik flight yg lebih kecik sikit. Ambil
masa 5 jam utk sampai Sabiha Gokcen Airport, Istanbul. Sampai kat sebelah
asia Turki.
Perjalanan Balik
ambil masa sama 5 jam dari airport tapi kali ni naik dari europe side turki.
Naik dari Artartuk Airport, Turki sampai Hamad International Airport,
Doha. Transit kali ni lebih lama..8 jam setengah. (waktu transit ni dr pukul 11
tgh malam sampai 7.55 pagi.) Flight ke Malaysia ambil masa 7 jam..7.55 pagi
sampai KLIA 8.30 malam. (pelik? X pelik..sebab kami melawan putaran bumi. Masa
jadi sgt cepat)
Sampai Kat Sabiha Gocken Airport..rasa macam masih
bermimpi sebab belum pernah terbang sejauh ni.Tapi rasa seronok..
Cuacanya berbeza, orangnya berbeza..bahasa? Lagi berbeza. Sabiha Gokcen
Airport berada kat bahagian asia turki. Tapi site research kami kat
bahagian Europe turki. Dua jam juga perjalanan dari airport sampai ke europe
side melalui Bosphorus Bridge.
Dalam masa lebih kurang
dua minggu lebih ni (9 jun - 26 jun 2014), kami stay di Teklimakan Apartment dekat je dgn tramp station Capa Sheremini. Tramp
pengangkutan utama dari apartment kami utk kemana2. Tambang Tramp utk seorang
cuma 2 lira (RM 3) sehala. Dari hari pertama sampai hari ke tiga
belas...destinasi utama kami cuma madrasah. Dari 7.30 pagi sampai 12.00 tgh
hari. Rutin kami bermula 4 pagi..subuh..lepastu tido semula. Pukul 7.30 pagi
sarapan. Lepastu teruske madrasah.Lepas ke mdarasah. Petang kami dapatkan info
daripejabat2 kerajaan dan melawat tempat2 berdekatan. Dapat la jugak merasa
musim panas kat negara org walaupun dia masih awal musim panas. Cuaca dia
seronok. Temperature 32 degree tapi sebab angi dia sejuk tak terasa panas
kat sana. Kalau Berjalan bawah bayang2 pokok terus rasa sejuk aircond..so
bejalan jauh pun tak penat.
Kalau nak
bercerita sepanjang dua minggu kat sana memang tak menang tangan nak menaip.
Sampai minggu depan belum tentu siap.. So saya pendekkan. Tulis apa yang saya
rasa penting je ya.
Rustem Pasha Madrasah |
Rustem Pasha Madrasah
Ini bangunan
researchnya. Nama dia Rustem
Pasha Madrasah. Tiap2 hari datang sini..mengukur..mencari bahan
sejarah..mengenal struktur bangunan dan macam2 lagi. Madrasah ni sekarang da
reserved under NGO Turki dan
dijadikan restaurant dan tempat usrah. Umur bangunan ni da lebih 100 tahun.
Pembinanya adalah salah seorang Arkitek paling famous dlam sejarah islam Koca Mimar Sinan ( Master of
Architect Sinan). Kalau nak tau lebih dalam pasal madrasah ni jgn lupa datang
event exhibition. Jemput like dan datang exhibition kami. =)
Hagia
Sofea Mosque
Bosphorus Cruise Tour
Bosphorus Cruise Tour ni untuk tengok
Istanbul dari laut. kita akan nampak hampir 50% penempatan penduduk Istanbul
dari arah laut dan secara x langsung kita dapat tgk pattern banggunan2 kat
Istanbul . Permukaan Istanbul dulu mulanya dari arah laut.
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
Bosphorus Cruise Tour |
kat bawah ni kubu yang dulunya jadi benteng kuat
empayar Turki tapi skrg masih ada cuma serpihan sbb secara keseluruhan nya kubu
ni musnah time perang dulu.
Kubu |
Kubu |
Sulaimaniye
Complex
Masjid yang paling besar di Turki, masjid di bina ketika Empayar
Turki Uthmaniah dan merupaan Masjid yang paling lengkap struktur binaanya.
dulunya masjid ni pakai lilin dan jelaga dari lilin ni akan di tiup masuk ke
dalam satu bilik yang di namakan Bilik
Hitam dan digunakan untuk membuat cap mohor Sultan masa zaman
Uthmaniyah. sekeliling complex ni ada soup kitchen, public
bath, kedai2 untuk kemudahan orang awam.
Sulaimaniye Complex |
Galata
Tower
Ketinggian Galata Tower ni 60 meter, dari atas Galata Tower ni
kita boleh nampak macam2 contoh Bosphorus Bridge. lagi satu, kalau duk atas ni
boleh nampak jelas sunset .. pergh!! lawa baq hang!!
Galata Tower |
Galata Tower |
Galata Tower |
Beyazit Grand Bazar
Bazar ni dekat je
ngan site banggunan kitaorang. setiap hari boleh cuci mata kat sini. yang
paling istimewanya Beyazit Grand Bazaar adalah bazar tertutup paling besar
dekat dunia, dalam bazar ni banyak laluan kalau sesat sila guna GPS or WAZE .
barangan dalam bazar ni sangat mahai sbb tumpuan pelancong, kalau nak barang
murah boleh beli dekat Spice Bazar
Beyazit Grand bazar |
Beyazit Grand bazar |
Beyazit Grand bazar |
Beyazit Grand bazar |
Spice
Bazar
kalau sapa2 datang
kat Istanbul, tempat ni highly recomende sbb barang dia murah dan banyak
pilihan ..
Spice Bazar |
Spice Bazar |
Spice Bazar |
Spice Bazar |
Kilic
Ali Pasha
Tatau nak cakap
apa pasal masjid ni tapi tersangatlah ohsem!! sangat cantik dan sangat menarik.
Masjid ni ada satu bilik yang di hanya boleh di gunakan oleh Sultan shj untuk
bermuhasabah diri tapi Alhamdulillah kami di benarkan masuk dengan syarat tak
tangkap gambar dalam tu. xtau mcm mn nak gambarkan keindahan bilik tu.
Kilic Ali Pasha |
Kilic Ali Pasha |
Kilic Ali Pasha |
Koca
Mimar Sinan
Koca Mimar Sinan merupakan Master Architect Sinan yang merupakan
arkitek yang tersohor dekat dunia. selama dia hidup dia dah bina 477 buah
banggunan termasuk masjid, madrasah, dan banyak lagi . x dapat nak
pastikan sama ada betul atau x skulptur ni adalah beliau.
No comments:
Post a Comment