بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.
Alhamdulillah di beri kesempatan untuk menikmati bulan Ramadhan untuk sekian kalinya. sedikit kesedihan di Bulan Ramadhan yang penuh keberkataan ini banyak yang terlah berlaku dalam Dunia Islam yang terbaru our brother and sister dekat Gaza telah di serang dengan ZALIM oleh tentera zionis laknatullah, moga Allah turun BALA kepada israel dan sekutunya. jika di beri peluang aku nak jadi orang dibarisan hadapan untuk membela nasib saudara mara kita di Gaza dan Palestin, bukan aku impikan Syurga seperti yang di janji olehNya jika berjihad tetapi aku ingin Islam terus kuat tanpa perlu di BULI oleh kuasa besar dunia.
Setelah sekian lama aku terfikir dan mempersoalkan kenapa rakyat Gaza Palestin tidak keluar dari Negaranya **mungkin itu cara yang paling mudah dan senang untuk mereka tidak di seksa oleh israel laknatullah** setelah tanah mereka dirampas oleh akhirnya baru aku temui jawapan kepada persoalan yang sering berlegar di minda aku dan aku percaya soalan yang sama pun pernah terlindas dalam minda di kebanyakan kita ni. jawapan dia ada di bawah ni.
Pertama sekali aku baca ayat atas ni, bergenang air mata, sifat EGO seorang lelaki terus lenyap dan akhirnya terjawab sudah soalan yang bermain dalam minda aku bertahun tahun lamanya. Ya Allah sedang kita ber on9 sepanjang hari, mengisi perut dengan makanan yang sedap sedap, rupa-rupanya saudara mara kita di Gaza Palestine 'mewakilkan' diri mereka untuk menyelamatkan "Keagungan Islam" dan pada masa itu juga kita lena tido di buai mimpi indah. Ya Allah besar sungguh pengorbanan mereka.
Sedikit ilmu yang ingin di kongsi bersama, dan ianya sendiri terjadi dalam diri aku, bila bercerita tentang Masjid Al-Aqsa pasti kita terbayangkan Masjid yang mempunyai kubah Keemasan seperti di bawah
Tapi adakah kita sedar sebenarnya tersebut BUKAN Masjid Al-Aqsa tapi ia nya Masjid Al-Sakhrah atau lebih dikenali "Dome of the Rock" dan Masjid Al-Aqsa yang SEBENARNYA adalah seperti di bawah
Dan itulah salah satu kekeliruan yang berjaya pihak israel meracuni pemikiran masyarakat muslim seluruh dunia termasuklah diri aku sendiri. Ini amat meyakinkan aku bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa
dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil
mere tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkan atau
merungut , maka israel akan menunjukan gambar Dome of the Rock yang masih utuh
berdiri, dan menyatakan mereka tidak berbuat apa2. Sungguh teliti dan bijak
perangcangan mereka dan semunaya di bantu oleh media-media barat dan pekara
sama juga terjadi dengan media di Negara kita yang masih keliru antara Masjid
Al-Aqsa dengan Dome of the Rock.
gambar bawah ni bukti yang kita sebenarnya TERKELIRU!!
Sejarah Dome of the Rock,
Sebongkah batu yang panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki terapung di
kawasan Islam di kota Jeruselam. Menurut dalam sejarah Islam, batu ini terapung
sejak peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW, pada tahun 619 Masihi, di
khabarkan bahawa batu ini cuba mengikuti Rasulullah SAW Mikraj ke langit,
tetapi ianya di tahan oleh Baginda dan malaikat Jibrail. Dari sejak itu batu
ini terus terapung sehingga kini, Semasa pemerintahan Khalifah ke-2 saidina
Omar ra , kota Jurusalem merupakan kawasan jajahan Islam, dan kawasan batu ini
di kepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat yang direka khas oleh
seorang arkitek Greek. Pada pemerintahan Khalifah ke-10 Abdul Al-Malik ibn
Marwan, Masjid ini di bangunkan semula dan di kenali sebagai “DOME OF THE ROCK”
yang tingginya 10 meter dan diameternya 20 meter di kota Jerusalem.
Ingatlah Allah jadikan kita di muka bumi ini dgn tanggungjawab sebagai KHALIFAH, jadi bersama-samalah kita memikul tugas tersebut untuk menyalurkan maklumat yang sebenar-benarnya dan bersama-samarlah kita mendoakan keselamatan saudara-mara kita di Gaza Palestine atau sesiapa sahaja yang sekarang ni tengah berjuang untuk ISLAM dan sedekahkan Al-Fatehah kepada yang telah pergi meninggalkan kita selamanya.
No comments:
Post a Comment