Saturday 30 November 2013

PERCUTIAN LONE RANGER KE PHUKET 'SAWADEKAP' PART 2

Patong Phuket
hari ke-2 dekat Phuket,  bangun awal gila , semata2 nak tgk sunrise tapi hakikatnya xnak berebut sarapan nanti .. bilik yang aku ambik ni sekali ngan sarapan, nasihat aku kalau korang nak makan tu korang kena tanya betul2 sama ada makanan tu Halal atau Non-Halal, demi menjaga kesucian diri pagi ni aku sarapan makan ala-ala english style , just minum coffee ngan makan roti je , x nak makan benda yang berdaging ni , x berani uolsss takut makan tersalah daging plak , kang xpasal2 kena samak pulak mulut ni, haha.. lepas sarapan tu aku masuk bilik sambung brht sblm tgk sunrise tapi paham2 jela  bila perut kenyang , masuk bilik plak, dah macam dungong la plak aku tido .. haha sedar2 dah pukul 0910 , sunrise kemana aku pun tah kemana, haha



tempat tumpuan hari ni nak bersiar sekitar patong beach , dari hotel aku ke patong beach ni dekat je , tapi kena lalu shortcut la, shortcut tu plak kena lalu Bangla Road , so mengimbau la kenangan malam tadi.. hehe bila time siang2 mcm ni , bar bar area bangla road ni tetap buka, 24jam operasi cuma bezanya xde orang2 nak berjoget, mungkin siang2 mcm ni orang yang berjoget malam tadi g berurut sbb tersalah urat .. haha sepanjang laluan bangla road tu tenang je , x bingit macam malam tadi .. kalau korang datang sini x sah kalau x perhatikan wayar letrik dia orang , wow!! bersepah siot wayar letrik, tgh sedap elok2 berjoget , wayar letrik terputus , mau mati kejung semuanya ... haha sistem eletrik diaorang x secanggih Malaysia, kadang2 nak baca signboard pun payah sbb terhalang dengan wayar letrik ni.

rare sungguh wayar mcm ni
bersimpang siur karen depa


bila sampai pantai ni, banyak hotel2 yang exclusive , semuanya mengadap pantai, syok gila bangun2 tido tgk pantai **fefeling kejap** ... kat tepi pantai ni bersepah tuk tuk, kalau nak sewa moto pun ada, bukan tu je moto superbike tu beb, entah berapa lak dia orang caj, berair tgk superbike .. kat pantai ni tersangat lah banyak xtvt nya, ada yang main payung terjun, jetski benda2 ni basic je ada je kat malaysia tapi yang syoknya kat sini ada siap bangsal untuk massage, massage sambir dengar bunyi deruan ombak ... **layannnnnnnnn** .. pantai patong ni sama macam pantai2 lain juga , ramai yang berbikini **terbeliak mata aku tgk** , white sand , pasir dia tersangat la lembut x tau mcm mn nak gambar kan **poyo sgt statment ni sbb sama je mcm pasi dekat long beach perhentian island**

patong beach


cuci mata

pelampung asli
dia suka makan tayar
konfident biar pun overweight 
murah gila kat sini

kat phuket ni banyak je makanan2 menarik , ada yang siap ukir2 makanan lagi tapi pastikan apa yang korang nak makan tu halal , kalau x tau makanan tu bahan dia apa , cuba ringan kan mulut untuk bertanya, kang termakan daging bab* naya je , kena samak mulut guna air tanah **sesuailah utk mulut longkang**.. kalau nak makan mekdonel, korang kena hati2 sikit sbb mekdonel kat tahiland ni ada jual daging pork juga, salah satu menu dia Ninja Beger tapi ramai je orang beli **macam sedap je, macam nak je** haha ambik la masa sikit baca menu dia paham betul2 jangan sampai salah order .. nasib baik la aku bukan jenis cerewet bab makan, x makan nasi seminggu pun x pe, janji aku dapat makan buah jd x de la aku terhegeh2 nak cari nasi, kalau nak makanan islam, try g kalim beach , berhampiran Patong Beach , kat kalim beach ni semuanya peniaga gerai muslim , xpun makan area Masjid phuket tu, kalau x nak berjalan boleh  naik tuk tuk dalam thb 40. Kalim Beach ni x terkenal sbb kawasan dia x cantik , pantai dia pun banyak gila batu, kang sedap berang kepala bedarah terhantuk batu ... haha hari ni aku lunch simple je makan donut ngan minum black tea dekat setabak,  rege standard rege kat malaysia je , aku lunch dekat sini tujuan dia nak caj telepon lgpun dapat jemputan lunch sekali ngan famili kawan baik yang mmg orang phuket **excited makan free**

my feveret
lunch
dalam jam 1400 kawan aku tu datang ambik aku , bateri hp pun dah setengah full, dia bawak g makan area kalim beach, terbaik wokkk makan pulut + somtam + kerabu rebong + ayam bakar dan yang paling bes sekali daging jemur ... daging jemur ni daging lembu, tapi sebelum dia goreng, daging tu di peram ngan beberapa rempah lepastu dia jemur daging ni bawah cahaya matahari sampai kering sikit pastu baru masak, dem superb rasa daging ni!! .. kedai ni pun senang je nak cari , dari patong beach tu menghala ke kalim beach , terus je sampai jumpa jambatan, kedai ni sebelah jambatan je ni 1 je kedai kat situ, tepi kedai ni ada sungai , mmg layan habis la ... total makanan tu THB 120 lebih kurang RM 12. murah gila!! 

miss them so much!

time tengah borak2 ngan aunty **macam ayam itik** dia orang nak belanja aku masuk Herb Sauna, dia orang cakap setiap hari dia orang g sauna tu patut la aku tgk 'segar bugar' aunty ni. sauna ni dekat Karthu, kawasan pendalaman , dekat ngan air terjun karthu, festime datang ternganga mulut aku terpikat ngan tmpt ni **wink wink** . caj masuk THB 120/person lebih kurang RM 12 sorang, tenang gila kat sini wa cakap sama lu , x ramai orang pun dekat sauna ni sbb mungkin pelancong x tau la pasal sauna ni, majoriti yang datang orang kampung. sauna ni bercampur antara lelaki + pompuan, tempat salin pakaian pun bercampur jgk tapi kalau rasa mcm x nak bercampur boleh request bilik sauna yang lain. **mata jgn pandang benda bukan2**, herba2 yang di gunakan semuanya dia orang tanam sendiri sekeliling sauna ni, bila masuk je dalam bilik sauna ni bau dia lebih kurang bau 'vicks', kita orang buat 3 round **jangan nak pikir bukan2 sangat, round tu maksudnya masuk bilik sauna** , 1 round lebih less than 10min sbb kang kalau duk dalam bilik sauna tu lama2 takut nnt jadi mcm ikan masak stim plak, naya beb! bila lepas 3 round sauna tu boleh aku terlelap kat tempat duduk, badan rasa segar gila time tu, sambil tu dengar bunyi2 unggas maunya x terlelap, kat tpt sauna ni jugak ada jual air kelapa fresh , dia orang petik belakang sauna ni je, mmg layan habis la sauna kat sini, kalau nak lagi cun minum air asam jawa, mau koran cirit birit kat situ ... haha.. lepas je sauna balik hotel siap siap nak g nite market dekat phuket town.

Kartu Waterfall
tasek ke lombong pun aku tatau







nite market ni weekend je, banyak gila peniaga, lebih kurang mcm uptown kat malaysia je, harga dia standard sbb tu tumpuan pelancong , tapi kalau pandai boleh la buat aktiviti tawar menawar , tapi kalau nak harap akau tawar menawar aku rasa dapat la kurang thb 5 je haha *xyah nak gelak sgt la, aku mmg x pandai bab tawar menawar ni**, kat sini aku beli cenderamata untuk orang2 terdekat, dan gerai gerai jual makanan halal byk kat sini, makanan dia plak unik2 , kalau dessert plak mmg aku cakap manis melenting tapi yg penting sangat sedap (Y) , lepas membeli belah kat nite market ni , aunty open table tapi bukan minum todi, cuma minum coke haha , dia orang ni sangat la open minded dan dia org ni sangat menghormati muslim mcm aku ... lepas minum2 , kita orang jalan2 sekitar phuket town dan balik hotel SIYES malam tu aku tido sangat lah lena dan bila aku bangun rasa fresh gila mungkin kesan sauna tu ... lepas ni aku nak continue bersauna herba dekat area tpt aku kalau ada la..

akibat tido lena malam tadi nasib baik la x terlepas bus nak ke Hat Yai, bangun lewat pastu sarapan pun lite2 je, sekadar lapik perut, pastu terus g stesen bus untuk bertolak ke hatyai, naik bus yang sama harga tiket pun sama THB 400, dalam jam 1530 sampai hat yai, dari hatyai tu aku ambik van ke Butterworth Penang .. kenapa aku g penang? sbb aku balik naik flight, x larat aku nak duk berjam jam dalam bus nak asmpai Klang Sentral tu .. hehe dari Hat Yai ke Butterworth tu lebih kurang 3 jam je , tapi kita terpaksa mbertapa dalam van tu lebih kurang 4 jam sbb masa nak keluar area Danok/Sadao tu jem gila babeng la sbb orang2 malaysia nak keluar jugak so mmg kena la mengadap jem tu .. time aku nak keluar g cop paspot tu , aku tunggu la van yang kau naik tu ngan penumpang2 cina lain , pastu yang penumpang2 cina ni duk kalut , dia nampak je van dia terus naik , aku pun apa lagi follow la naik , sekali aku tgk YA AMPUN KITA ORANG SALAH NAIK VAN... malu gila time tu , nak je aku sagat muka ni kat jalan tar ... haha sampai je butterworth member aku si Sapik datang ambik bawak g aiport .. tengkiu Sapik ..

Wednesday 20 November 2013

PERCUTIAN LONE RANGER KE PHUKET 'SAWADEKAP' PART 1

abaikan kaki tu haha
ni keje paling gila aku pernah buat **maksudnya byk keje gila aku dh buat sebelum ni** haha mana x nya , aku ambik masa beberapa hari sahaja untuk fikir pasal bercuti ke PHUKET ni .. kali ni aku ke PHUKET naik bus je , nak tau someting x, aku dapat tiket bus ke Hatyai pada hari yang aku nak bertolak tu  **terbuktikan keje gila aku ni mmg gila** .. aku bangun awal pagi sbb nak cari tiket bus, siap2 bawak backpack mana tau dapat bus terus boleh terus gerak so x yah ulang aling nak ambik beg plak ... sampai je Klang Sentral terus memulakan pencari tiket ke Hatyai , standard la sblm sampai kaunter bus ada je jantan2 dan pompuan2 yang serbu aku , ingat nak sign autograp ke nak tangkap gambar ke apa sbb keglamouran aku ni tapi rupa2nya sbb nak promote bus masing2  .. dem!! hilang mood aku pagi tu . haha bila  aku cakap je kat dia orang aku nak cari tiket ke Hatyai masing2 cakap tiket bus abis siap ada yang buat muka lagi .. tapi x pe,x melunturkan semangat aku nak bercuti ke phuket pun dan usaha aku x abis kat situ je , dengan muka yang boleh tahan ensem ni , aku pun g la tanya kat kaunter tiket , korang tau hakak tu cakap apa, 

"tiket abis, semua orang nak g hatyai hari ni, tiket minggu depan ada la"

aku cakap balik kat hakak yang x cantik tu  

"kalau tiket minggu depan tu saya rasa minggu depan je la kot saya beli , xyah nak beli awal" 

terus je aku blah dengan sedikit perasaan kecewa **dalam hati dah merintih ni** nak jadikan cerita, aku teringgah la 1 lagi kaunter ni, dan ringan kan mulut tanya pasal tiket, akhirnya hakak tu cakap tinggal 1 seat je lagi , aku pun apa lagi grab la tanpa pikir panjang , tanpa pikir bus tu elok ke x elok ke yang penting aku dapat tiket dan tawakal je la... akhirnya dapat la aku tiket ke hatyai pada pukul 0930 pada hari yang sama 01/11/2013 dengan rege rm55.00 . tgk jam tinggal 10minit lagi sebelum bus begerak , so gigih la aku beli segala jenis cekedis nak melahap dalam bus tu , air minirel dan 100+ paling penting **dah lama aku x naik bus express, jg mmg excited aku nak naik ni biarpun aku tau aku akan kecewa** hahaha ..

pukul 0930 , bus memulakan perjalanan ke hatyai, bus yang aku naik ni SE Super **bukan Super Power** ... condition bus ni aku bg 2 star je , sbb aku rasa bus SE Super yang aku naik ni sesuai jadi bus ulang alik KLANG -- KL je , x sesuai jadi bus ekpress .. **sentap aku dgn keadaan bus** .. biarpun xde plug point nak caj henpon , biar pun x de wifi untuk aku on9 tapi yang penting ada econ sudah cukup supaya aku x berpeloh dalam bus tu .. baru je nek masuk highway bus dah mula buat hal, nasib baik x rosak tepi jalan **kalau rosak, aku jamin aku bakar bus tu kat situ jugak** .. so gigih la si driver ni tukar bus lain plak .. mood aku dh mula berbuah tapi untuk cover mood aku ni aku mentekedarah la cekdis dulu .. haha 

aku nasihatkan korng supaya beli air tu lebih 2 botol dan beli lah biskut ke roti ke sbb bus ni x berenti melainkan isi minyak , terfikir jugak , tiba2 kalau ada orang nak kencing mcm mn?? x naya ke kalau kena kencing dalam botol ...

aku ingat bus ni direct ke hatyai tapi rupanya dia singgah plak dekat Butterworth, Alorstar dan Sungai Petani lepastu br dia masuk Hatyai .. di sebabkan bus yang aku naik ni x berapa laju sangat dan berhenti di beberapa stesen bus, so aku sampai hatyai dalam jam 1830 waktu Malaysia dan 1730 waktu Thailand , 9jam duk dalam bus, mau gila aku simpan sisa makanan aku dalam 'tangki kumbahan' asli aku ni .. so apa lagi, sampai je hatyai terus aku serbu tandas dulu .. dah lagi 1 azab aku nak kena tempuh kat hatyai ni , aku nak kena cari hotel murah plak , sbb aku x book awal2 tapi x pe, tu bukan masalah besar apda aku , lepas puas aku survey hotel , last last aku check in dekat Asian Grand Hotel ... boleh tahan hotel ni, rege dia THB600/nite lebih kurang RM60 tapi front desk x pandai cakap orang putih pulok .. argh!! xpe la, tunjuk sign je la .. nasib baik dia orang paham sign yang aku buat kalau x mmg aku tunjuk sign yang bukan2 plak **kbai!!** haha .. lepas check-in aku mandi2 dan terus keluar g 7-Eleven cari makanan sikit , setiap kali aku datang hatyai mesti aku mewajibkan diri aku masuk 7-Eleben dia orang , jauh beza dengan 7-eleven dekat negara kita tu .. 7E sini mmg heaven sikit, macam2 ada , lagi 1 , 7E mmg berlambak kat sini , senang cerita, selang 5 bijik kedai korang akan jumpa 7E .. haha kat 7E aku just belik minirel water, susu **fefeling nak jaga kulit** , 5 kit-kat **benda ni wajb ada dgn aku setiap kali aku travel** dan yang paling syok aku siap beli roti **alah roti je kan apa yang syoknya** tapi roti sini dia siap sapu jem, mentega kaya dan mcm2 lagi , thb7 dalam 70sen je aku siap beli 4 keping **2 butter, 2 kaya** , biasa la dah masuk 7E thai ni kalau x abih duit kat sini sikit mmg x sah .. haha masuk bilik , melahap roti tu ,, fuyoooooooooo aku makan roti tu kaya yang dia letak pun byk , puas hati beb! kalau kat malaysia haram nak letak kaya mcm tu , haha .. area hotel aku ni susah sikit nak dapat makanan muslim , ada tu ada tapi kena menapak , kedai tu betul2 dekat depan jalan besar dan berhadapan dengan mekdonel 

lepas setle makan , berehat kejap , lepastu keluar ronda2 kawasan **ala-ala abang long tgk kawansan jajahan** haha .. masa tgk kawasan jajahan tu aku sempat la singgah 1 bar ni , aku order soft drink coke, orang x ramai macam bar lain2 tapi mmg tenang gila , siap ada live band tu yang paling aku suka sekali , biar pun aku x tau bahasa siam tapi kalau lagu tu aku layan je yang penting masuk ngan jiwa aku , tapi ada jugak 2 3 lagu orang putih band tu nyanyi .. layanan kat kedai tu pun sangat bagus, pelayan dia dan boss dia x pernah lekang sengan senyuman tapi kalau kat malaysia ko jgn harap la boss ngan kuli nak senyum macam tu , masing2 muka masam mencuka .. haha depa siap boleh tegur aku dalam bahasa siam, tapi aku cuma balas senyum2 dan angguk je .... hehe dalam jam 0330 aku blah dari bar dan aku cuma minum 3 botol coke , harga dia superb la murah ... next time confirm aku datang lagi .. haha



esoknya 02/11/2013, gigih awal pagi bangun tu pun nasib baik minta tlg budak hotel kejutkan , kalau x mmg aku membongkang sampai tgh hari la jawabnya .. pagi ni sarapan makan roti yang aku beli dekat 7E semalam je , buat lapik perut sebelum g naik bus ke Phuket . setle  bekpes, dalam pukul 0930 time siam aku check out dan tunggu depan 7E untuk tuk tuk pick-up bawak ke stesen bus, lupa nak cakap, tiket bus dari Hatyai ke Phuket kawan dah tolong booking kan rege dia THB400 lebih kurang RM40, kelebihan bila korang booking tiket bus awal2 dia orang akan pickup korang dari check point hatyai tu secara percuma untuk ke stsen bus tu dan kalau korang x booking awal2 , dia orang akan caj THB100 untuk bawak korang ke stesen bus phuket tu so dah jimat kat situ .. hehe nama syarikat bus tu aku x tau sbb semuanya tulis siam so aku pun terus jadi buta huruf ... haha  kalu korang nak maklumat pasal bus ni boleh masuk website depa www.wararutsamee.com , kat resit bus ni byk benor nombor telepon , pasni aku upload gambar resit bus tu korang tgk sendiri ye . tiket bus aku puukul 1000 jadi apa lagi ada masa ni snap snap gambar la, so aku mintak la tolong sorang awek ni tangkap kan gambor aku sebelah bus ni , korang nak tau apa yang jadi ??? **mesti nak tau kan, bz body sunggoh korang ni**  semua orang duk pandang aku ambik gambar **macam la aku artis korang nak pandang kan**... kenapa???  mungkin dia orang x pernah tgk orang se ensem aku ni kot haha xpuun xpernah ada dlm sejarah org tangkap gambar dengan bus , jadi aku ni lebih kurang jakun la kot... haha tapi x pe, sekurang2nya ada la kenangan aku dengan bus tu **korang ado?? non-adao kan** haha .. tepat jam 1000 pakcik driver ni dah tiup wisel pangil penumpang naik, bus nii lebih kurang bus expres la, ada 15 seat je dan selesa untuk perjalanan jauh.



langsung x paham tiket ni
HatYai - Phuket .. 7j kematu dalam bus ni
masa perjalanan dari hatyai ke krabi ni lebih kurang 7jam je **je ko cakap??? kematu punggung woo** ni yang aku malas naik bus ni , banyak masa abis dalam bus tapi nasib baik la bus dia selesa , so apa lagi berdengkur la jawabnya ... haha sepanjang perjalanan dari akan melalui kawasan2 kampung , naik turun bukit , xyah bayar tol pun , kalau kat malaysia sekangkang kera je kena bayar tol, bukan murah plak tu semua berhenggit2 .. bus akan berenti 2 kali je, 1st untuk lunch dan 1 lagi tempat isi minyak dekat area krabi. perhentian pertama tu untuk lunch , tempat HALAL di asingkan , kebersihan mmg terjamin , makanan dia pun murah , aku makan nasi + ayam kunyit + ulam + air kosong THB35 lebih kurang RM3.50 duit kita, time nak makan ni kena beratur panjang sbb terserempat dgn group Harley Davidson daripada Malaysia, bapak ramai group ni sampai kalut nak ambik makanan, **standard la perangai orang Malaysia** .. tempat makan dia mmg selesa wa cakap sama lu .. setle makan, brht jap lepas tu ada orang buat pengumuman bus nombo plat sekian sekian **nombor je aku paham, pengumuman lain aku x paham sbb dalam bahasa siam** dah nak gerak so apa lagi cabot la aku naik bus .. haha tapi terpikir jugak kat tpt kita kalau bus nak jalan dia orang bunyikan hon sampai bingit telinga tapi kat sini dia orang siap buat pengumuman. 2nd perhentian dekat station minyak area krabi, time tu aku x nak turun sbb aku dah siap siap 'kumbahan' time kat perhentian pertama tadi .. haha kalau nak ikutkan dari krabi ni tinggal lagi 2 jam untuk sampai phuket . 

kedai Muslim dekat perhentian
geng Harley Davidson
Batu Nisan haha
kaum adam pasti syok tgk gambar pompuan kat tandas ni
dalam jam 1730 baru sampai Phuket bus terminal .. penuh dgn manusia , bukan manusia je, anjing pun berlambak dalam bus terminat ni so hati2 la kalau sampai sini **gong gong gong**, turun je bus terus carik tuk tuk untuk hantar ke patong sbb nak cari hotel.

kaunter pertanyaan tapi xde orang, mcm mn nk tanya
macam2 tiket ada jual dekat sini
akhirnya setelah penat aku survey byk hotel **padahal aku survey 3 bijik hotel je** dapat la sebijik bilik dekat The Hacienda Hotel, location hotel ni senang je dia dekat ngan C&N Hotel  , kalau nak ikut hotel ni strategik sbb dia dekat ngan Junceylon dan paling penting dekat ngan Bang La Road tapi orang malaysia selalu sebut Bangla Road , kat patong Bangla Road ni la tpt yang paling heaven sekali , ala2 mcm SYURGA DONIA katanya **petirrrrr** ..kalau g Phuket tapi x g melawat Bangla Road ni mmg rugi la  ... hahaha .. sambung balik pasal hotel ni, kebersihan bilik2 hotel dekat area phuket ni mmg x boleh di nafikan taraf 5 bintang, lantai boleh buat cermin kot, style bili ni lebih kepada mcm sebijik rumah , kawasan depan bilik penuh dengan pokok2 mmg nyaman ya amat dan yang paling penting FREE WIFI ... haha  **biar x makan janji ada wifi** harga agak mahal sbb time aku g ni peak season so mmg ramai orang THB1200 lebih kurang RM120/pernite bila ada bargain session **activiti wajib** so dapat la harga THB110 lebih kruang RM110 .. haha terbukti aku mmg failed bab tawar menawar ni tapi atleast dapat jugak jumat sepuloh hengget... ko ado?? haha .. staff hotel ni tersangat la friendly, mmg dia bg tip top service, biarpun x fasih cakap orang putih tapi sekurang2nya satff tu cuba untuk explain dan paling penting sentiasa tersenyum biarpun aku selalu buat mengomen .. haha



The Hacienda
x sah kalau x enterprem
mcm tau tau je iols keturunan raja tu yg wall kuning
boleh mekap sampai muntah lepas ni .. 

siyes bersih gila hotel ni , setaraf 5 bintang

'bank'

cermin hikmat

ni depan bilik
depan bilik
laluan ke bilik 
front desk ni sangatlah friendly
peti besi
ni tempat membongkang
setle check-in bilik , terus mandi **x kan bab dalam bilik air pun korang nak tau kan** haha siap2 nak keluar , seperti kebiasaan la, aku ni x suka abiskan masa dalam bilik hotel so terus keluar bilik cari makanan, tapi sebelum keluar tu staff hotel tu sempat la pesan kat aku supaya berhati-hati tapi yang peliknya bukan berhati2 dengan orang jahat tapi berhati hati dengan 'Lady Boy' dem!! haha dia x tau yang aku lagi ganas dari lady boy sbnrnya .. haha nak cari makanan halal area patong mmg x de la **padahal aku yang x jumpa** aku naik tuk tuk suruh hantar area masjid phuket tu , kat situ ada beberapa kedai muslim , boleh la kenyangkan perut , dari hotel aku nak ke Masjid ni kira jauh jugak la tu yang naik tuk tuk, tapi kalau nak berjalan xde hal sbb pemandangan mmg 'menarik' kiri kanan . hehe.. setle makan ambik balik tuk tuk suruh hantar area bangla road .. wow!! terbeliak mata aku tgk suasana bangla road tu cantik cantik semuanya rambang mata nak pilih .. eh!! haha siyes beb!! rugi wo sapa yang x dtg bangla road ni .. aku jalan jalan je area bangla road ni , sepanjang jalan penung ngan night club, yang syoknya open air bukan tu je ada yang 'lebih' lagi **paham paham jela** tapi hati2 la takut ada lady boy yang terkam korang nnt **auwwww** .. tapi jujur x dapat di nafikan kecantikan pompuan thailand ni, bukan tu je kecantikan 'ladyboy' siam ni mampu kalahkan orang perempuan .. puas jalan area bangla road tu lepas tepi pantai patong , syok gila, kalau la ada pasangan time ni mesti romentik , tp nak buat mcm mn kan dah ditakdirkan lone ranger sampai skrg , xde orang nak **iklan promote diri jap** haha


syorga donia

Wednesday 13 November 2013

PROGRAM ANAK ANGKAT ANJURAN BACHELOR BUSINESS MANAGEMENT CLUB UNIVERSITI SELANGOR

macam macam ado!!

dah lama nak join program macam ni tapi last last ada jugak orang yang jemput untuk join sekali, secara amnya pengarah projek anak angkat ni dah lama jemput tapi secara verbal la bukan secara rasmi , so x boleh nak excited sangat selagi belum terima surat rasmi daripada Bachelor Business Management Club (BBMC) Unisel ..

tup tup beberapa hari sebelum program di jalankan surat rasmi pun sampai la ke tangan aku , so apa lagi bersorak kegembiraan la aku haha **kalau boleh time ni nak ada pom pom gurl** , sekurang2 nya hujung minggu ni ada lah aktiviti aku daripada melepak x tentu hala .. 

mai nak story sikit pasai program ni : 

Program
Anak Angkat Bersama Penduduk Tmn Desa Sentosa & Kariah Surau As-salikin, Hulu Langat
Tarikh
25 - 27 Oktober 2013

dari segi penyertaan amat lah berpuas hati sbb ada beberapa orang international student yang join , bukan tu sahaja yang paling penting student yang melibatkan diri dalam program ni adalah dari pelbagai kaum dan budaya **macam macam ado** ada Melayu, ada Cina dan ada India, dari situ dah nampak keseronokan yang akan terjadi .. haha tau apa yang aku pikir??x tau kan , so x yah nak sengih2 sangat ... haha

Bangladesh, Mynmar, Vietnam, Turki, Indonesia haha
bila peserta sampai je , dia orang di bahagikan kepada beberapa keluarga yang sudi ambik dia orang sbg anak angkat **habis la korang , kena babap ngan mak baru** , Alhamdulillah ramai yang sudi ambik peserta ni sbg anak angkat , siap minta lebih dari sorang tu ... **dah macam goreng pisang panas** .. selepas peserta di serahkan kepada keluarga angkat masing2 jadi  secara x langsung di bawah tanggungjawab ibu bapa angkat masing.. so maksudnya time ni aku boleh membongkang tido .. penat wooooo!

limosin tu xde econ .. so paham2 je la tahap kepanasan

x beragak beg masing2

skrg boleh la ko hapi ,kang jap lagi menangis la korang
untuk malam pertama, peserta di ada peluang untuk bersantai dgn keluarga angkat masing , korang nak tau x , benda paling aku jeles sekali, famili-famili angkat ni siap bawak anak2 angkat ni g selam kaki dalam air panas, bukan tu je , ada yang siap bawak makan satay ... ooo emm gii !! itu membuatkan aku bertambah2 jeles ok ... dan secara x langsung aku offer untuk jadi anak angkat tapi xde orang nak.. sedihkan ... **begini lah nasib diriku yang malang oh Tuhan...**

kesian.. x de sapa nak ambik jadi anak angkat
waktu peserta tgh berjimba2 ngan keluarga angkat masing2 , urusetia urusetia ni kena la buat kerja masing2 untuk aktiviti ke esokan harinya .. time ni exco makanan yang paling tiptop , saling bantu membantu , bukan tu je , ada urusetia India dan Cina pun sama2 bantu dalam memasak  ** you see , kita muhibah sangat kan**

aku x tau kenapa dia senyum

aku pun kena bulii seh!

indian gurl ni buat kerabu mangga untuk kita orang

hanak hekan 
Ustaz tu bukan mengaji ye kat situ 

kalau dah jantan buat keje mcm ni la
lepas makan , ada sedikit taklimat dengan wakil dari keluarga angkat , taklimat ringkat mengenai kawasan kampung tersebut , tu je .. **x dgr pun x pe, tido lg penting** haha 

awal pagi kita orang berjemaah bersama dan ada sedikit tazkirah .. Alhamdulillah semua segar sangat bijik mata .. haha lepas tu semua kena bersiap sedia sbb 1st dia orang kena berkenalan dengan semua orang kampung melalu aktiviti bancian .. so student di pecahkan kepada beberapa kumpulan untuk cover banci 1 kampung ni **xtau la apa yang korang nak banci dik non** .. time banci ni ada group yang dapat buah mangga orang kampung bg , ada yang ajak minum sarapan sekali , betapa peramahnya orang kampung tu bukan tu je , ada yang x nak buka pintu langsung , mungkin dia orang anggap budak2 ni minta derma kot .. haha

bersemngat muka pakcik ni kena banci

sampai berjambang pakcik ni kena banci haha
ini bukan bangla

pengutip sampah berjaya

ni berlakon je , padahal x berapa nak buat jugak
pada sebelah petang ada game dengan orang kampung tapi malangnya yang join hanya budak2 , kaum ibu bapa mungkin sibuk dekat rumah **xtau la apa yang di bz kan sangatnya tu** ..

game raba raba

sanggup stop game sbb nak tgkp gambo dem!
time ni aku x tau kenapa aku xde dalam gambar


setle game waktu petang tu , para exco terus bersiap sedia untuk sesi BBQ malam nnt.. ni yang excited sekali ada sesi bakar membakar **aku ni kalau bab main api no 1** antara menu bbq ayam, kerang dan ikan semuanya home mady by student sendiri ... berbakat sungguh ko nok nak perap ayam ikan sekali gus **da boleh buat bini korang ni** wink wink .. haha pada sesi bbq tu jugak di jalankan aktiviti malam kebudayaan tapi korang paham2 la 'malam kebudayaan' ni sepatutnya di tukar kepada aktiviti yang lebih moden maksudnya aktiviti yang mengikut peredaran masa , 'malam kebudayaan' ni glamor masa aku tingkat 3 so harap lepas ni xtvt aku g xde malam kebudayaan tukar kepada aktiviti yang lebih santai .. masa budak2 tu buat show malam kebudayaan tu aku buat dek je sbb masa tu aku tgh makan, **bila makan ni kena fokus, so abaikan show, fokus pada makanan** haha

kesian aku tgk dh mcm bakar diri sendiri
sengih je dapat makan
banyak gila lauk budak2 ni ambik dem!
korang jgn tanya aku kena lelaki tu gelak besar
kami BUJANG .... hahaha
keesokan harinya semua student bersiap sedia untuk balik , nampak muka semua excited nak balik .. mungkin sebab semua kepenatan. kat bawah ni ada gambar lagi , selamat menjamu mata .. haha

siap ada board tu!! cayalah!

urusetia + abang long kawasan
enterpreme

jangan salah paham .. haha


time ni semua tunggu time candid.. haha
CANDID!!

nasib baik boleh edit , so cerah sikit kulit kita orang 

gigih pakcik2 ni pasang tugu
orang glamour

amoi ni pendek dari aku rupanya

menachi ni tokey muruku

payah jadi orang glamour ni haha

ni amoi tau bukan vietnam punya olang