Kadang2 kita terlepas padang sesuatu maka kita di
uji sedemikian rupa, tapi ujian kita makin hari makin parah jadi kita perlu
tengok di mana silap kita dan cuba perbetulakan, kehilangan MH370 masih belum terjawab timbul
isu baru MH17 terhempas, mungkin kita akan cakap ini semua kehendak olehNya
tapi adakah term itu boleh digunapakai dalam situasi ini, ya kita kena PERCAYA
Qada & Qadar tapi dalam pada masa yang sama kita perlu cari maklumat yang
lain dalam Islam mencari dan menimba ilmu itu adalah wajib, jadi apa tugas
kita? Menunding jari pada orang lain? Menunggu maklumat sampai di hadapan kita?
Share maklumat yang kita sendiri x pasti?
Tidak wajar
untuk menunding jari pada Kerajaan tapi pada hakikatnya kita semua silap,
Kerajaan Silap dan rakyat Malaysia sendiri silap. Kita sebuah Negara Islam
adakah susah untuk kita mengIslamkan Negara kita? Adakah Negara kita di
landasan Islam yang sebetulnya? bagaimana pula peratusan Majlis Majlis Ilmu Agama berbanding
Majlis-majlis yang melibatkan sosial? Kesilapan rakyat pula adalah TIPIKAL,
majoriti orang Malaysia tidak boleh berfikiran bebas ertinya sentiasa didorongi
oleh parti parti politik, didorongi orang-orang tertentu dan paling parah bagi
orang Islam adalah bila timbul hadis-hadis baru yang kononnya mmg tertulis
dalam kalam Allah Al-Quran terjadinya peristiwa peristiwa seperti ini, bukan tu
je , mula lah mesej yang kita sendiri x sohih kita share itu lah kebanyakan
rakyat kita buat. Apa kata dari kita buat kerja yang x berfaedah sprt tu baik
kita diam dan cari maklumat yang sebetulnya sama ada bertanya dari yang lebih
memahami atau pun banyakan membaca.
Jika kita ni seorang yang berfikiran terlalu jauh
itu bagus tapi jangan lupa untuk pandang belakang (sejarah), kerana kebanyakan
sejarah ni yang akan memboleh kita berfikiran lebih matang. Sebelum terjadinya
isu MH17, Masyarakat Dunia tertumpu kepada keadaan Di Gaza Palestin, semua mata
di dunia tertumpu kepada kekejaman
serangan israel laknatullah ke atas penduduk muka bumi Gaza Palestin tapi
ingatkah kita ketika Gaza Palestin di serang dengan rakus oleh israel laknatullah,
perhatian kita di alihkan dengan World Cup? Dan masyarakat kita sendiri lebih fokus
pada world cup daripada fokus kepada isu Gaza Palestin. adakah itu satu kebetulan?
Tapi bagi aku itu adalah strategi.
Russian President Vladimir Putin |
Russian |
Ukrainian President Viktor Yanukovych |
Ukraine |
Selepas semua mata dunia tertumpu pada keganasan
israel pada Gaza Palestin, timbul pula isu MH17 di tembak di kawasan konflik
antara Ukrain – Rusia, pernah ingat isu kehilangan MH370 yang mana ada pihak
cuba menarik salah satu negara tersebut untuk di sabitkan dengan kehilangan
pesawat MH370, dan sekarang MH17 terhempas di kawasan konflik tersebut, adakah
ini kebetulan atau ada agenda lain? Sekarang kita dapat lihat apa yang terjadi,
semua media dunia menjadikan MH17 sebagai isu utama, walhal sebelum itu Isu
Kemanusiaan di Gaza Palestin yang menjadi tajuk utama majoriti masyarakat
dunia.
Beberapa hari sebelum isu MH17, di khabarkan
israel laknatullah telah bersiap sedia untuk menyerang Gaza Palestin melalui serangan darat selepas
serangan bertubi tubi dari ruang udara Gaza. Adakah perhatian kita di kalihkan
sekali lagi dalam isu ini? Dan lagi satu Malaysia merupakan negara yang paling
lantang dalam menyuarakan isu di Gaza Palestin. Adakah ia satu kebetulan atau
strategi baru?
Jangan sesekali kita terlepas pandang dalam Isu Gaza Palestin.
Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatehah kepada mangsa
yang terlibat dan takziah kepada keluarga mangsa.
(Hanya sekadar pandangan peribadi)
#Pray4Gaza
#Pray4Palestine
#Pray4MH370
#Al-FatehahMH17
Salam takziah dan Al Fatihah kepada mereka yg telah pergi
ReplyDeleteAlhamdulillah kerana Israel dan palestin telah mendpat kata sepakat untuk membangunkan sempadan GAZA
Syukur Alhmdulillah kita menjadi rakyat malaysia yg hidup aman makmur