Friday 28 February 2014

MISI KEMANUSIAAN DUA POINT KOSONG MABUL HARI KEDUA



telur 2 biji sapa ni??
Tu diaaaaaaaaa awal awal entry dah tunjuk gamabr telur .. haha hari ke-2 we’ols bekpes dekat Rumah Penginapan Naga sbb bekpes mmg di sediakan sekali, tapi apa yang disediakan  telur rebus, roti bakar, teh dan kopi tapi cukup la dengan apa yang we’ols bayar kan **jangan nak demand kalau bayaq cheap cheap**. haha tapi awal2 pagi dah makan telur rebus , kang  semua keluarkan ‘bom’ sekali serentak mau abang desa ni pitam uols. haha kalau nak ikutkan dari bekpes yang di beri tu nora hanya akan bg 2 bintang je tapi yang paling bes bila bekpes tu we’ols makan menghadap laut yang tu nora bagi 60 bintang **hambekkk ko bukan 5 bintang je 60 bintang nora bagi**, susah nak dpt pengalaman mcm tu wooo hanya insan insan terpilih macam we’ols je yg dpt. lepas bekpes , ada group yang kena g pasar sbb nak cari seafood untuk bbq geng #Mabules dekat Mabul nnt.


ketat je muka adik tu
sabar menanti katanya, tapi bawak punya laju
Dalam jam 1030pg ada 3 bot tunggu we’ols dekat jeti umum Semporna **feeling diva uols naik bot**, boatman pulak ganteng2 bangat!! **horeyyyyyyyyyy**. aktiviti pagi ni we’ols akan mendaki Bukit Bohey Dulang, pejalanan dari Semporna ke Bohey Dulang ni dalam 1 jam naik boat , kalau naik kete x kan sampai sbb xde jalan darat .. sejam perjalanan ke  Bohey Dulang ni sangat la menarik hanya Tuhan yang tahu, pemandangan yang sangat Amazing!!, perubahan2 kaler ayaq laut jelas kelihatan **gituh**. dan dalam perjalanan ke Bohey Dulang ni jugak la terperasan 1 pulau yang betul2 betul gambar dia dalam poskad, sangat2 indah ciptaanNya. Sampai je Bohey Dulang x sempat turun boat lagi dah snap2 gambo dah beratus belum lagi nak mendaki, biasa la semua feeling retis. Dekat Bohey Dulang ni we'ols di jemput oleh Marry , haaaaaaa apa yang besnya kat sini , Marry ni bukan Manusia mahupun jenglot tapi Marry ni sekor hanjing yang sangat ‘peramah’. Dekat pulau Bohey Dulang ni ada pusat penyelidikan Marin, tempat dia orang kaji habitat habitat laut macam tapak sulaiman, gamat bukan tu je ada Kimah **jgn tukar K plak belakang Kimah tu** yang di jadikan kajian , kimah ni lebih kurang macam kerang gergasi **tiram sbnrnya** haha, kat sini dilarang 100% untuk memancing dan menangkap hidupan laut. dalam setengah jam we’ols berkumpul dgr taklimat dari abang guide yang taff untuk bg penerangan hiking, dalam 7minit abang tu membebel sorang2 sbb yang lain sibuk snap snap gambar we’ols pun mulakan pendakian Bohey Dulang, uols uols we’ols nak cakap masa dalam hutan ni kena berhati2 sbb jalan licin dan paling penting jangan nak pegang sana pegang sini takut salah pegang nnt terpgang benda lain plak so time hiking ni kena focus dengan keselamatan diri. time kita orang Hiking ni pun Marry ikut jugak , dia happy gila kot ada pelancong , terloncat loncat mcm anjing kena belacan. haha

Welcome to Bohey Dulang Island
hi nama saya Marry, saya x kekoh olang
silat wak Jabit
crdt Cikgu Konah

no caption

Ketinggian Bohey Dulang ni 600 meter dari paras laut dan paras matahari **gituh!! geologist sangat aku ni**, dalam kurang sejam dah boleh sampai puncak, bila sampai puncak tu hilang semua penat lelah mendaki, dengan di hidangkan pemandangan yang sangat menawan, x tau mcm mn nak gambarkan pemandangan dia, korang tgk je lah gambar tu nnt, dan atas bantuan si Marry ni aku bg token 3 keping roti gardinea, dia ngan tamak dan rakus makan roti sekelip mata, mungkin dia ada saka. *matilerrrrrrr**. beribu beribu keping gambar kat atas tu br lah masing2 nak turun, selagi x snap beribu gmbr selagi tu la  xmo turun, padahal posing sama je, tapi aku ada perasan orang posing mcm nak terbang tapi tatau sapa dia, mungkin dia feeling dia seekor burung **matilerrrrr** biasala bila dah kat atas tu ramai yang fefeling mcm gagak pun ada.haha .. aku group pertama yg sampai bawah di temani si Marry so apalagi bagi token lagi kat hanjing ni sbb jadi bodyguard. **kalau sapa2 ke Bohey Dulang ni belikan la makanan untuk Marry ni**, lupa plak nak cakap aku di pahamkan Bohey ni bermaksud ‘Air’ , Dulang pulak ‘Dulang’ ler , so bila dah kat puncak ni akan Nampak Air dalam Dulang TAPI aku x nampak mcm tu pun **konpius**, mungkin time dinesor dulu je kot nampak mcm tu skrg dah berubah sbb zaman moden **untung la zaman moden**. Time nak naik bot blah dari Bohey Dulang ni ada beberapa adengan yang x di ingini terjadi , ada beberapa orang jatuh dekat jetty sbb jetty tu licin sikit tapi nasib baik x de kecederaan , kalau aku jatuh time tu mesti aku buat buat pengsan, biar abam PGA PGA yang ramai tu dating bg CPR **aum!!** apa2 pun SAFETY FIRST.


1 2 3, 1 2 3
walawei cun gila gambar ni
cabaran naik turun Bohey Dulang

tu diaaaaaa bidadari 600 meter
Akhirnya .. this is Bohey Dulang!!
rare iols hiking guna selipar jepung
blog iols mesti la iols kena expose lebih
siap tertonggek tonggek
tu dia semua senyum nampak kamera
cun gila gambar ni
habislah Konah 
Lepas setle jelajah Bohey Dulang , xtvt ke-2 hari ni snorkling kat tepi  pulau tetttttt **tatau nama pulau tu** sampai pulau tu kita orang lunch dulu **boatman yang taff sediakan makanan utk we'ols**, Nasi Putih+Ayam Goreng+Sosej+Sotong **u see u see mmg x abih abih ngan sotong** makan dalam bot sblm terjun snorkling, time makan ni tiba tiba ada pulak makhluk Allah yang bawak sebotol sos cili dan ada plak yang bawa cili api, so dari makanan yang kering tu terus bertukar jadi makanan yang amat menyelerakan, iols x tau sapa yang bawak makanan tambahan tu tapi nak jugak cakap Terima Kasih. Pas makan apa lagi terjun la snorkling, aku cadangkan sapa2 nak snorkling dekat area Mabul ni sila lah pakai kasut sbb batu karang dia dekat gila dgn tpt kita nak snorkling tu, tpt snorkling ni x berapa nak bes sangat ok , skrg kita proceed citer lain plak. hahaha di sebabkan syok sangat dekat Bohey Dulang dan snorkling tadi timing untuk xtvt petang ngan anak2 pulau dah lari so discuss dan dgn kuasa veto yang abam presiden ada kita proceed xtvt ngan anak pulau esok shj. Tu la untung nya ngan paci and the geng ada je Plan B nya **terbaik la korang** yg penting time dia orang discuss tu aku dalam bot terngah membongkang dgn alasan kaki sakit  **tq banglong sbb bg ruang untuk iols baring dalam bot**

Pulau Tettttt
aku tatau tujuan gambo ni
penat berenang
2jam perjalanan dari pulau tetttt tu br la sampai ke Mabul, lupa nak cakap 2 jam perjalanan tu mmg  mencabar sbb ombak besar jadi kita orang dalam bot ni terlompat2 nasib baik x terpelanting jatuh dalam laut dan yang penting ustaz cakap peranakan dia dah rosak abis **x pe ustaz nnt balik semenanjung g baiki peranakan kat workshop ye** haha **ustaz ni kaki melawak jugak tau**. selama dekat Mabul ni kita orang akan bermalam dekat #SeaHorse, wow!! Abam2 ngan kakak2 kat seahorse tu semua taff taff **matilah x dpt bayangkan akak2 taff*. pembahagian bilik pun bermula, budak pompuan kena duduk dorm yang lelaki pulak di layan mcm VIP sebilik 2 orang dan aku pulak VVVVVVVVVVVVIP **tudia V x hingat donia** dapat 1 bilik sorang , so malam ni boleh la projek atas laut **matiler**..

bukti peranakan jatuh
no caption
sunset 1


sunset 1

SeaHorse
#SeaHorse
Malam xtvt dekat School Of Hope, nak citer sikit , #SchoolOfHope ni di uruskan oleh Mr. Stanley dan aku x tau cakap apa lagi, korang boleh google nak tau pasal sekolah ni, kang panjang plak aku nak menaip sejarah sekolah ni ngan sejarah abam Stanley tu haha. tapi apa2 pun sekolah ni lebih kurang mcm tpt pengajian basis yang mana dia ajar ABC dan 1 + 1 . ruangan tpt belajar dia sempit dgn 79 orang budak pulau itu lah kesusahan mereka untuk belajar walaupun ada yang berumur 17 tahun br tau ABC tapi sekurang kurangnya ada inisiatif untuk belajar, #SekolahHarapan ni jugak buka peluang pada sapa2 yang nak volunteer menjadi cikgu cikgu sambilan di sana dan boleh terus berhubung ngan Abam Stanley yang gagah perkasa itew. Hehe.  malas nak cakap banyak sbb iols tau korang  nak tgk gambar je kan, hadap la tgk gambar xtvt we’ols ngan anak pulau **sentapppppppp ada budak muka x sunburn biarpun duk pulau**, lupa nak cakap, di fahamkan yang dtg #SekolahHarapan ni adalah dari Kaum Suluk dan dekat Mabul ni ada 2 kaum sahaja #Suluk dan #BajauLaut .

#SekolahHarapan
ini Cikgu Ali, satu2 nya cikgu FullTime

#SchoolOfHope

#SchoolOfHope
#SchoolOfHope

Stanley & P. A Nolly
#Mabules
tu dia kak intanz
time ni aku rasa sangat match ngan Stanley haha
sumbangan dari #Mabules


Dalam jam 11.00 tamat lah program bersama anak anak ikan eh tersilap. anak anak pulau, jumpa esok untuk game tepi pantai yeeeeeee. tapi kan kat sini nak cakap, anak anak ini sangat lah ramah dan dia orang x malu nak melibatkan diri dalam xtvt we’ols dan setiap yang di tanya dia orang akan jawab dan bg respon positif, nasib baik iols x tanya ‘sapa nak jadi anak ikan iols’ kalau x mesti ramai yang angkat tangan. **dah nampak niat iols kat situ?? Kbai** hahaha. pengalaman di #SekolahHarapan ini membuatkan hati iols tersentuh, dan mampu menitis kan air mata **tu diaaaaaa fefeling pelakon lelaki terbaik**. Balik SeaHorse dan sambung tengok Bulan dan Bintang. wow!!! ROMENTIK sangat kalau dapat bawak ehem ehem kat sini.

Wednesday 26 February 2014

MISI KEMANUSIAAN DUA POINT KOSONG MABUL HARI PERTAMA


credit to Suhana sbb logo yang cantik



Program : MISI KEMANUSIAAN 2.0 MABUL
Tarikh    : 20/02 - 23/02/2014
Destinasi : MABUL ISLAND, SABAH
Anjuran  : MABULES TEAM


Sebenarnya benda ni semua jadi secara x di rancang , aku dh beli tiket ke Tawau ni dah setahun dah, masa tu kalau x silap aku harga tiket bawah rm90.00 return, tapi tanpa di sangka2 ada plak grup yang merancang untuk pergi tempat yang sama dan pada tarikh yang sama so apa lagi #keMabul kita bah.


tu diaaaa bukti iols beli tiket

Dengan muka separa malu aku ni aku kontek la Fazirul Kamarul **tu diaaaa nama penuh** a.k.a Paci ni nak join grup dia dan dgn keramahan dia pun cakap 'ok' je, Paci ni Lead group ni. nasib baik la aku cepat volunteer nak join  sbb grup ni ada limit yang nak boleh join. **betul jugak tu , g ramai2 tapi masing2 buat muka kelat pun buat hape**. program yang Paci buat ni sbnrnya lebih kurang mcm ni 2 in 1 maksudnya 'CHARITY & FUN' , yang mana dalam bab 'CHARITY' tu group ni akan sampaikan sumbangan kepada anak2 Mabul yang dalam keDAIFan dan serba serbi kekurangan dan 'FUN' tu bukanya 'having fun' berfoya2 atau bermaksiat tapi lebih kepada xtvt laut, Snorkling, Diving, Discover Scuba Diving (DSD) dan SOPING pun termasuk lah dalam kategori FUN ni. hehe

Pada permulaannya kita orang ni hanya bersatu dalam group fesbook je pastu br la menyusul dengan wasep group **ni la buat bateri aku selalu kong**, melalui fesbook ngan wasep ni la kita orang berbincang dan majoritinya xkenal antara satu sama lain **untong la zaman moden** bukan tu je kat wasep group ni ada yang golongan 'Hyper Active' mcm Cikgu Konah and the Gang dan ada golongan 'Silent Reader' mcm aku .. **biasa la aku ni kan jejaka desa** **gituh!!**. pantang off henpon bila on balik beribu msg masuk , mau aku ambik MC nak baca semua msg msg tu , bukan tu je kalau g berak pun x tenang sbb asek dengar bunyi msg masuk je **untong la zaman moden** ..

Bila tarikh makin dekat kita orang pun mula la buat perjumpaan demi perjumpaan **niat boleh cuci mata**.. 1st perjumaan aku x dpt join sbb dia orang ni buat kat Janda Baik **biasala lelaki kalau x suka janda x sah, janda adalah TERBAIK!!** sambil berpicnic katanya tapi masa ni pun lebih kurang xde perbingcangan apa pun just dia orang kenal2 mcm tu je. perjumpaan ke-2 dekat Kota Damansara , perjumpaan ke-3 dekat Beger King Shah Alam sect 13 tu , sini nak citer sikit, kat beger king entah apa penyakit budak kaunter tu sampai dia caj aku makan set ayam goreng je 18 hengget , yang aku tingtong pun g la bayar, adakah aku terkena Pukau ayam goreng?? hanya Dia yang maha mengetahui, tapi hangin kot makan ayam goreng je dah caj sampai 18 hengget ko hengat aku anak lawyer ke hape?? siap ko, aku jumpa budak debab tu aku toron dia ngan kayu besbol. ok habis kat situ je kes ayam 18 hengget tu pastu perjumpaan yang ke-4 dekat mekdi Kota Damansara dan ni perjumaan terakhir sblm beberapa hari lagi team #mabules terbang ke Tawau. yang datang perjumpaan tu semuanya muka muka sama .. muak tau .. **ada aku kesah orang muak tgk muka aku?** haha tapi setiap pejumpaan ni sangat produktif dan x lari 'JAUH' dari misi asal, masing2 curah cadangan dan tu yang aku salut TAPI mcm biasa la , aku pendiam dan kena cover diri aku sebagai Dara Desa  silap Jejak Desa. haha dalam setiap pertemuan tu jugak kita orang decide xtvt bersama2 anak2 Pulau.

aiseh ada kes mcm ni pulak
crdt to Suhana untuk Logo
baju team #Mabules
crdt to Konah untuk ..... adakah itu awan yang terpilu??
Bila time sudah datang **tu diaaaa speking sikit** kita orang pun berkumpul la dekat LCCT, ada beberapa group penerbangan dan group aku ni 5 orang dan kira paling awal la , flight jam 1040 pagi dan ada flight paling lambat flight malam tapi kan yang paling syok bukan dari LCCT je ada jugak dari KKIA (kota Kinabalu International Aiport) **u see u see pengaruh misi kemanusiaan ni sampai ke KK** .. sblm terbang check-in luggage mcm biasa la dan bila terlebih berat dan aku dgn gaya penuh mengoda cuba mengoda adik yang x berapa nak cantik jaga kaunter check-in tu dan akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa berat yang lebih tu dia pejam mana je. dengan itu jutaan terima kasih pada adik yang x berapa nak cantik tu dan kalu ko senyum confirm! ko lebih cantik dari pompuan yang keje kat Old Town yang asek tersengih kat aku. **aum!!**. penerbangan ambik masa lebih kurang 3jam tapi yang menspoilkan mood adalah flight DELAY hampir sejam tapi x pe aku memahami **kalau x delay bukan namanya AirAsia lah** bila dah dalam flight keje kita orang apa lagi kalau x membongkang tapi kan aku perasan yang baju FA Air Asia ni makin ketat adakah sbb tu ramai pasengger lelaki yang keluar masuk tandas?? **berfikiran baik , mungkin pasenger tu cirit birit dan muntah mutah sbb mabuk terbang...gituh!!** .. bila FA tu dah setat meniaga dalam kapal terbang aku buat buat tido , segan aku nak tgk dia orang meniaga **kbai**.

Ma
Nolly

jeng jeng jengggggg tudiaaaa membuta teruih
Akhirnya sampai Aiport Tawau dalam jam 200pm time ni perut dah x leh nak cakap apa lagi la, dah mcm ada pancaragam, pastu terserempak pulak dengan #mamattoto **bab ni aku x mau citer, hanya orang tertentu je yang tau** tapi aku nak gelak jgk bila teringat mamat toto yang kalut tu very the auw auw ... haha bila sampai kat aiport Tawau ni aku dah fefeling la macam ada orang sambut sambil pegang tag nama ke apa ke tapi non-adooo yang adooo adalah Mr.Presiden depan pintu airport tersengih sorang2 tanpa ada tarian bele bele pun, sangat sentappppppp tau. **fantasi sangat aku ni** haha. dengan perot yang kelaparan ni kita orang g cari lapik perut dulu, nak tau apa yang kita orang makan?? PISANG CHESE ngan nasi kuning **tudia makanan lapik perut sangat**. kedai pisang chese tu bawah tangga dekat departure hall, serius mmg sedap walaupun muka hadik tu kelat semacam tapi yang penting chese pun banyak **highly recomended**. selang sejam kemudian barulah group satu lagi sampai dan we'ols terus bertolak ke Semporna naik van . perjalanan dari aiport tawau ke pekan Semporna dalam sejam hingga sejam setengah mcm tu la, sepanjang perjalanan tu korang boleh cuci mata tgk pemandangan.


Pisang Chesee
sanggup berpanah nak snap gamba
yeah!!
posing x nak mengalah 
sampai Semporna kita orang terus check-in 1 malam dekat Chalet Dragon Inn **highly recomended** atau dalam bm nya 'Rumah Penginapan Naga'. festime tgk dragon in pun dah meruntun runtun jiwa, kalau boleh nak stay bermalam malam kat sini. apa yang aku boleh cakap pemandangan dia sangatlah la ohsem!! **nora bagi 5 bintang**. so bila pemandangan dah cantik di tambah plak dengan kita orang semua yang cantik cantik belaka so semakin ohsem la gambar2 selfie kita orang tu. haha **nilah yang terjadi kalau dah masing2 ada kamera ngan henpong canggih, untong la zaman moden** haha lepas setle selfie mempromosikan diri dgn gambar dari depan belakang tepi atas bawah semua posisi ada, masuk bilik bersiap nak g dinner. 
Rumah Penginapan Naga
Rumah Penginapan Naga



tempat beradu

jamban siap ada tpt menunggu
restoren atah ayaq







belakang pon boley

Mr. Presiden Abam Paci
nasib baik pegang kayu kalau x kelaut jwbnya
dpt tangkap gamba sengih memanjang
Import khas dari Tunisia Yuna Ilhani
Geologist Sara Basha
si muncung Ain

Ustaz hero angkat ayaq miniral
anak daraaaaaaaaaa!
crdt Ma sbb gambar ni

port selfie pegang batang pokok haha
Dinner we'ols malam ni dengan tema 'sotong menyotong', makan besar malam tu, dengan sotongnya, dengan 3 ekor ikan besar, ketam chese **x abih abih ngan chese**, kangkong belacan, dan air plak bermacam2 jus tu semua makanan untuk 10 orang hanya 180 hengget!! ko hengat kat semenanjung boleh dapat rege mcm tu, mau maunya dekat 300 hengget. tu la untong nya datang Sabah , boleh makan seafood murah murah, time dinner ni paci kenalkan plak dengan seorang gadis cantik bernama Rina **fewiiiiittttt**, dialah belakang tadbir yang uruskan pasal transportation semua dan dia adalah Puan President Enviroment Club *kelazzzzzz aku buat promosi kan** dekat sana, jadi sapa2 yang nak berkolaborasi ngan Rina ni boleh add pesbok dia 'Princess Rina' tapi jgn nak jual minyak plak ngan dia itu dilarang sama sekali. **terima kasih Rina**. setle makan singgah Giant beli barang, tanpa di sangka2 dkat giant ni terserempak plak ngan jodoh iols so dgn pantas sifat malu2 sbg lelaki desa sampai. tapi sayang seribu kali sayang kami hanya tersenyum senyum je dah masuk bilik br menyesal x mintak nombor **dem!!**.. trademark aku, 'dimana ada aku di situ ada jodoh' **kbai**. haha setle beli barang kat giant dah satu hal nak mengangkut ayaq mineral sekotak, BangLong mcm biasa jual minyak ngan gadis2 nasib baik ada USTAZ yang di terbangkan khas dari Ipoh. dengan kegagahan dan kerakusan sbg seorang lelaki ustaz angkat ayaq minirel **kompem ramai pompuan pompuan tertarik tgk ustaz time tu sbb peluh ustaz buat ustaz sexy.. auw** tapi x lupa jugak abam Paci pun ada gilir2 bawak ayaq mineral sekotak tu tapi hanya selamat 5min shj ..haha dan aku plak masih kekal dengan alasan sakit kaki kalau nak bawak barang berat. **kbai**. sampai bilik semua berkumpul sbb nak bungkus bungkus hadiah untuk game di Mabul nnt. lewat malam sikit barulah Konah and the geng sampai masa ni dah meriah, baru cukup semua ahli group seramai 29 orang baru kenal batang hidung masing masing dan masa ni aku masih ngan sifat malu malu sbg seorang lelaki desa **matilerrrrrr** 


ketam chesee
pemandangan dari Dragon Inn
sumbangan utk anak Pulau