Monday 28 October 2013

BAJET 2014 'SELAMAT DATANG GST'

pementangan bajet 2014 pada Jumaat 24/10/2013yang lepas amat memberi KEJUTAN kepada majoriti rakyat Malaysia , antaranya PENGURANGAN SUBSIDI GULA & PENGENALAN GST (cukai barangan dan servis). nampak gayanya rakyat Malaysia terhimpit dengan bajet 2014 dengan living cost yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

intipati bajet2014
pada rakyat Malaysia ayuh bekerja membanting tulang 4 kerat .

ringkasan bajet 2014 :

Kadar BR1M Dinaikkan
  • -Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650

  • -Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

  • -BR1M 3.0  diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450

Subsidi Gula Dimansuhkan
  • -Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes dan kencing manis

  • -Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013
"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,  kata Najib"

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250
  • -Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500

  • -Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250
    Akan dibayar pada awal Januari 2014
Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
  • -Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan

Kadar Baucar Buku Dinaikkan
  • -Baucar Buku Dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

Kelajuan Internet Dinaik Taraf
  • -Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp

  • -Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb

Program Perumahan Rakyat
  • -223,000 unit rumah pada harga berpatutan

  • -Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak

  • -80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran

Kadar GST lebih rendah
  • -Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada

Bantuan yuran taska RM250 sebulan
  • -Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan

Penbangunan Sukan RM239 juta
  • -Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini

Program Pertanian
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil

Tuesday 22 October 2013

MOVIE 'INSIDIOUS CHATER 2'

insidious chapter 2
INSIDIOUS CHAPTER 2 bermula apabila famili josh terpaksa berpindah ke rumah ibunya bagi membenarkan pihak polis melakukan siasatan terhadap kes kematian yang terjadi di rumah mereka. suspek utama kepada kematian tersebuat adalah josh suami kepada renail dan bapa kepada dalton. 

dalton mempunyai kelebihan di mana ia mampu pergi ke alam roh dalam keadaan tidur. pada episod lepas dalton koma dan josh terpaksa ke alam roh untuk membawa pulang anaknya kembali kepada jasad dalton dan akhirnya dalton sedar dari koma TAPI malangnya roh josh masih terperangkap dalam dunia ke 2 **mistik sangat** jadi roh siapa yang dalam badan josh??? **cepat jawab** itu lah persoalan yang mengelubungi renail sekeluarga.

perabih duit
selidik punya selidik **ala2 seeekers** akhirnya terjawablah roh siapa yang ada dalam badan josh. roh tersebut adalah roh jahat parker **bukan pen parker tu** . parker mati bunuh diri akibat tekanan perasaan yang di alaminya **mental problem** , tekanan itu berpunca daripada ibu parker sendiri yang mahu memiliki anak perempuan tapi dapat anak lelaki si parker ni so akibat kekecewaan tersebut dia tukar personaliti si parker kepada ciri ciri seorang perempuan **auwwww!! kelas ko nyah** dan dinamakan sebagai MARILYN **ala-ala marilyn monroe sgt** so secara automatinya si parker ni jadi NYAH .. dan part paling bes bila parker memberontan nak guna nama parker tapi mak dia suruh guna nama marilyn sampai mak dia tempeleng sambil cakap DONT YOU DARE!!!!! YOUR NAME IS MARILYN!!!! **aku rasa mak dia ni meroyan , anak jantan suruh jadi pompuan** itu lah punca tekanan yg di alami oleh parker.

auw!! kelazzzz ko nyah!!
akhirnya josh yang melilau dalam dunia roh ni pun selidik la sapa parker tu , bila dia dapat tau sapa parker sebenarnya dia hapuskan memori tersebut dan masuk balik dalam jasad dia sendiri..


tahap kepuasan :  

MESTI TONTON

Saturday 19 October 2013

MOVIE 'ESCAPE PLAN'

18sx!
movie ESCAPE PLAN ni berkenaan satu organisasi atau badan yang suka check tahap ketelusan dan keselamatan sistem penjara2 di setiap negara , maksudnya dia nak cek keselamatan penjara tersebut sama ada banduan senang bolos atau pun tidak. bila nak check sistem keselamatan ni , terpaksa la organisasi ni hantar wakil dia orang untuk masuk dalam penjara dan cari jalan untuk memboloskan diri dari dalam penjara tu.

adult only!


yang selalu jadi mangsa keluar masuk penjara ni Sylvester Stallone, dia mahir dalam bab memerhati dan memboloskan diri dari dalam penjara , dan siap buat buku untuk mencerita macam mn dia memboloskan diri di setiap penjara yang dia masuk keluar tu dan buku2 tu di jadikan rujukan pada orang2 lain termasuk la orang awam.

nak di jadikan cerita, organisasi ni dapat satu task yang bernilai $ 5million dari 1 badan yang konon nya mewakili gomen US, task dia senang je , dia nak suruh masuk satu penjara rahsia ni lepastu cuba untuk memboloskan diri dari penjara tu. tanpa pikir panjang dia orang terima tawaran 5million tu **kalau dia orang x terima tawaran 5mil tu x jai la cerita ni**bila terima task ni, Sylvester ni kena la ubah identiti dari nama hingga la perwatakan kena berubah **perwatakan tetap lelaki x berbah jadi nyah**

semuanya bermula di sini, bila semuanya dah di rancang dengan rapi datang la orang tangkap Sylvester ni untuk bawak masuk dalam penjara rahsia tu, banduan banduan dalam penjara rahsia tu semuanya kes kes kritikal. tapi yang unik nya sel sel banduan kat sini semuanya cermin **boleh cermin muka ko** dan semua pengawal pakai topeng **pemalu agaknya** .. bila dah sedar keadaan mcm tu br lah Sylvester ni terasa yang mmg susah nak bolos kalau dah bilik pun bercermin sampai 24jam orang perhati **jaga2 ada yang memerati , ala-ala kiah propa kan**




cari gaduh

dalam penjara tu Sylvester ni knl plak ngan Arnold schwarzenegger , dia ni mcm taiko dalam penjara ni . masa mula2 nak kenal tu Sylvester ni kerek sikit la ngan si Arnold ni , las las si arnold ni pandai ambik hati **rometik nya, lelaki ngan lelaki pun boleh romentik tau** pastu dia orang jadi kamceng sampai la dua dua orang banduan ni berpakat untuk cari jalan keluar **time ni banyak aksi, siap bertumbuk2** akhirnya Sylvester ni dapat cari jalan nak boloskan diri, dan bila dia survey **apa kataseuveyyyyy** keadaan luar penjara tu baru dia tau yang penjara tu sbnrnya dalam sebuah kapal **bukan titanic ye** yang begerak tanpa arah tujuan **tudiaaaaa, kapal tu hilang pedoman gamaknya**

bila dia sedar dia dalam kapal, dan xde peluang nak larikan diri Sylvester ni terus xde semangat nak hidup **katako, padahal xde semangat nak cari jalan keluar, dia dh selesa makan free kot** jadi si Arnold ni la yang bg dia semangat suruh cari jalan keluar sebab dalam masa yang sama dia pun nak keluar dari penjara tu jugak.


bila rancangan telah di atur dgn rapi akhirnya Sylvester & Arnold dapat memboloskan diri dari penjara tu . bila dah bolos kan diri ni, br Sylvester sedar task $ 5million yang oragnisasi dia dapat tu sbrnya adalah dari company Arnold dan bukan dari gomen US, tujuan kontrak tu adalah sbnrnya adalah untuk bawak Arnold keluar dari penjara rahsia tersebut.


tahap kepuasan :
MESTI TONTON

Thursday 17 October 2013

SHORT TRIP 'TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM'

short trip kali ni aku ke Taman Botani Negara yang terletak di seksyen 8 Shah Alam, dulu Taman Botani Negara di kenali sebagai Taman Pertanian Shah Alam dan Taman Cahaya . Taman Botani Negara ni lebih kurang hutan simpan tapi kawasan hutan dia x de lah besar mana pun tapi sekurang2nya adalah jugak hutan kat tgh2 bandar Shah Alam ni, tenang jugak mata aku bila lalu kawasan ni setiap hari **laluan utama aku ke ofis**

dari segi kedudukan Taman Botani Negara ni dia xdelah rumit nak mencari sbb betul pada kawasan yang strategik dan berhampiran jalan utama **xpayah susah2 korang set je dekat GPS** . ramai orang datang dekat sini sbb nak masuk rumah 4 musim  dan mini zoo termasuk la aku .. haha 

peta taman botani

sebelum datang tu korang kena pastikan 2 benda :

1 . pastikan timing korang nak datang tu betul sbb Taman Botani bukan hari hari dia buka, pekerja sana pun nak jugak berehat **bangla pun cuti keje jugak** .. waktu operasi taman botani ni Selasa sampai Ahad dari jam 0830 hingga jam 1700, hari Isnin cotiiiii tapi kalau cuti sekolah dan hari pelepasan am isnin pun dia lenjan buka juga, so pastikan hari yang korang nak g tu dia x tutup, kang kalau tutup naya je .. haha 

2. pastikan msuim yang korang nak datang tu menepati citarasa, kalau nak rasa musim winter nak main salji **fefeling yang korang kat obersea** korang kena datang November hingga Februari , jangan plak korang nak rasa musim winter tapi datang bulan Oktober time musim luruh tu nama nya ajarang songsang.. haha x pun korang boleh tgk jadual yang aku bg ni untuk perangcangan masa korang nak datang nanti.. **jadikan kutub utara guideline**

BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN

MUSIM
MUSIM
November – Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)

short trip aku kali ni x berapa nak menjadi, plan nak gerak awal pagi sebab nak jogging dan cycling sekali dekat sana tapi akhirnya jam 1200 baru kita orang gerak g sana atas sebab sebab kecemasan **padahal bangun tido lambat, jam 1100 br bangun tido** dan dengan automatiknya aku terus rancang plan B sbb plan A x menjadi .. haha 

bayaran masuk hanya rm3.00 , yeeeee hanya tiga henggit shj , murah kan, **sambil2 kenyit mata** tapi tu hanya bayaran masuk ke Taman Botani je , kalau nak masuk rumah 4 musim tu kena tambah duit lagi , haha **pandai x marketing dia orang** musim bunga, musim panas dan musim gugur kena tambah rm3.00 dan musim salji rm5.00, biarpun kena tambah duit lain tapi tetap murakah  ..  **jadi korang x payah nak bising2 sangat x sampai sepuloh henggit pun**. tiket masuk rumah 4 musim tu korang boleh beli sekali masa bayar tiket masuk tu dan mention sekali korang nak masuk rumah 4 musim , kalau x dia orang caj korang bayaran masuk taman botani je. **paham2 la kalau orang keje jual tiket ni, dia orang memang berat mulut nak bertanya**

kaunter bayaran masuk

tiket masuk taman botani dan rumah 4musim

masuk je taman botani tu korang ada pilihan sama ada nak jalan kaki, nak sewa basikal atau pun korang nak naik shuttle bus untuk menjelajah taman botani ni . kalau korang ni jaguh dalam acara jalan kaki , korang boleh la try jalan kaki dalam ni tp jangan sampai kaki kemana , badan kemana, rumah 4 musim kemana haha aku cadangkan naik je bus, bus dia pun unik .. haha 

memandangkan aku bawak kawan yang br festime datang sini so aku bawak la dia naik bus yang unik tu , **korang x yah nak gabra mana nak dapat bus tu, bila korang masuk je taman botani ni , bus stop betul2 dekat depan korang nnt** .. bus akan bergerak setiap 30minit ..


semua org suka benda percuma

haaaaaa... unik x bus dia

bila bus begerak dia akan bawak korang naik terus naik ke puncak dulu jadi korang x perlu la gatal tangan nak tekan loceng segala, kang x pasal2 abang driver bus tu suruh korang yang bawak bus tu .. dekat puncak tu ada empangan air dan situ la check point yang pertama sekali , dari situ br lah abang driver tu akan berhenti di setiap check point check point berikutnya tanpa perlu korang gatal tangan nak tekan loceng .. **tpt orang x nak turun pun dia berenti juga**  .. pastikan korang x terlepas tpt yang korang nak pergi ..

beriya2 abang driver ni berenti dekat kebun rempah ratus, rumah tradisional tapi sorang pun x nak turun TAPI bila je abang driver berenti dekat rumah 4 musim semua bergegas turun , terus kosong bus .. haha **kan aku cakap semua orang nak g rumah 4 musim** .. bila turun bus tu korang kena la menapak sikit untuk ke rumah 4 musim tu tapi x payah nak mengeluh sangat sbb ketiak korang pun x basah kalau menapak haha .. yg syoknya kat sini waktu korang menapak tu korang boleh hirup udara segar , kiri kanan pokok besar2 jadi sambil korang bejalan tu korang boleh la cuci mata tgk pokok ngan burung2 yg terbang **haip! haip! jangan cuci mata tgk burung lain**

tu diaaaaaaaaaa

pemandangan sebelum sampai rumah 4musim


bila sampai depan rumah 4 musim , korang jangan terus masuk dulu , korang  g la tangkap gambar dekat  'signboard', snowman dan lg 1 ada background ala-ala mcm kat korea depan rumah tu, atleast boleh la korang upload dalam instagram ngan fesbook  .. **tu pun nak kena ajar** haha

snowman + signboard

yg ni kena hafal takut sesat nnt


waktu aku g ni musim gugur, jadi semua daun dah kering2 dan dah mula gugur tapi pemandangan tetap menarik **apa yang menarik pun x tau la , padahal depan rumah pun byk daun mangga yang gugur xde plak aku cakap menarik**  haha , rumah 4 musim ni xde la besar mana pun , kalu boleh x payah la korang nak bertapa dalam tu sampai 1 jam , sbb rumah 4 musim ni di bahagikan kepada beberapa bahagian, setiap bahagian tu ada limit2 pengunjung so bagi la peluang orang lain nak masuk jugak ..

setiap area ada limit pelawat 

pastikan korang stay dlm kwsan kaler grey

sejuk dalam ni

jambatan menuju kebahgian

mamat poyo

daun mula nak gugur

daun mula nak gugur

daun mula nak gugur

daun mula nak gugur
musim luruh ni orang masuk keluar cepat je tapi kalau musim bunga ngan musim salji, semua duk dalam tu kalau boleh x nak keluar termasuk la aku haha tapi x salah kan bg nasihat .. haha

lepas kita orang keluar , terus melepak kejap depan rumah 4 musim ni ambik2 gambar di setiap sudut **fefeling yang kita orang ni pelancong dari Nigeria** haha  .. lepas setle ambik gambar fefeling mcm pelancong kita orang melepak dekat tasik betul2 depan rumah 4 musim ni , time melepak ni macam2 kita orang bayangkan , mana tau tengah2 melepak tu tiba tiba naik plak 3 ekor buaya baham kaki kita orang , naya je bayar rm3.00 balik rumah kaki kudung   **kita orang mmg kuat berfantasi** ..

pelancong Nigeria

fefeling kat KOREA

tunggu buaya
peace!! tasik ni xde buaya haha

dah dah x payah melepak lelama dekat tasik tu, cukup la sekadar snap snap gmabar letak kat fesbook .. haha lepastu kita orang tunggu bus semula nak ke check point seterusnya , MINI ZOO .. aku ni dari kecik suka binatang tapi tikus ngan katak mintak maaf bebanyak mmg aku geli , kalu setakat ular tu aku siap boleh buat tali pinggang.. haha time tgh tunggu bus ni korang boleh la beli makanan , so sambil tunggu bus korang boleh melahap sekali so jimat la masa kat situ .

bab makan kat sini korang janga risau sbb banyak kedai2 kecil yang di namakan KOTAMAN , setiap check point ada kotaman ni, macam2 yang dia orang jual , adayang jual nasi, beger, air dan paling bes cekedis **feveret aku dari kecik** cuma korang kena siap sedia duit dan jangan fefeling yang tiket korang bayar rm3.00 tu termasuk kupon makan, tiket tu hanyalah semata2 tiket masuk je ke taman botani shj .. lagi satu semua urusan jual beli melibatkan tunai ringgit malaysia SAHAJA , kalau korang mcm nak guna rupiah ke, dollar ke yen ke mmg x terima kat sini bukan tu je visa, mastercard etc pun x layak di gunakan kat sini, **macam x paham2 yang aku cakap rm tunai shj**  . dari segi harga x jauh beza dari kedai2 kat luar tu jadi x perlu la gigih nak membeli dari kedai2 luar pastu nak angkut masuk dalam taman botani ni.

macam2 ada dkt KOTAMAN


bila bus sampai semua orang bergegas naik, dah macam kt bombay aku rasa, haha tapi kalau boleh tu biarlah budak2 ngan orang tua naik dulu, korang muda bergetah ni cuba la bawak2 bersabar . time aku naik bus ni , ada lah sorang bapak budak ni dukung anak dia dalam bus sambil berdiri, lepsatu ada plak pasangan kapel yang duduk bermesra dalam bus ni , aku apa lagi sound tepek je la tapi amat menyakitkan hati bila dia orang buat dek je **aku agak2 pasangan kapel tu golongan orang OKU dari spesis pekak** so abang tu pun dgn cekal dukong anak dia sampai la bus berenti dekat mini zoo ..

bus berenti je semua bergegas turun termasuk la kita orang .. bila turun je korang akan dengan bunyi kicauan burung, tenang gila bila dgr2 bunyi mcm tu .. kat mini zoo ni korang jangan la plak anggap expect ada singa, harimau , gajah dan binatang2 buas yang lain , kat sini hanya ada binatang2 biasa shj **paham2 je la mini zoo kan** .. kalau korang rasa nak tgk harimau gajah singa tu sila lah ke ZOO NEGARA .. haha

kat mini zoo ni ada landak, burung kakak tua, burung merpati, iguana dan banyak lagi tpi yang paling syok kat sini ada kancil dan kuda . so boleh la bawak anak2 untuk tgk haiwan ni dgn lebih dekat. semua landak dekat sini dah tua2, dah x mampu nak berjalan, time kita orang g tu landak2 tu semua membongkang tido .. bila kita orang g kandang kuda aku perasan yang kuda2 kat sini semuanya di namakan mcm nama artis **kelazzz ko jah** ada nama Shila , aku agak2 penjaga kuda ni peminat fanatik Shila Amzah tu yang dia letak nama kuda dia mcm tu ada sekor kuda tu nama Chinta **hamboiiii mengalahkan nama manusia** mungkin nama penuh kuda ni Chinta Chanduri mcm Fasha Sanda .. **ampun ampun** dan x lupa jugak ada gaya kuda mcm Azwan Ali **amboi amboi amboi** hahaha tergelak besar aku .. kuda2 dekat sini korang boleh pegang dan usap2 dan jangan risau sbb semua nya jinak2 , tapi kalau nak menunggang korang kena minta izan penjaga kuda2 ni dulu.

Chinta Chanduri

Shila

Aaron **matilah

burung kakak tua

meantang ni membongkang tido

cicak  gergasi**hahaha
setle je jelajah mini zoo ni maknanya setle lah short trip yang sememangnya short sangat2 dkt taman botani ni .. kita orang masuk jam 1200 dan keluar lebih kurang jam 1630 .. sekurang2nya plan B ni menjadi laa jugak .. haha aku cadangakan kalau korang nak datang sini sila lah datang awal pagi dalam jam 0900 @ 1000 sbb time tu kat sini sejuk sikit dan kalau bernasib baik ada kabus..

mini zoo
kat taman botani juga ada chalet dan tapak perkhemahan untuk sapa2 yang teringin untuk merasa stay dalam hutan, harga chalet dan caj tapak perkhemahan ni sangat2 la murah **highly recomanded**

kalkulator budget :

bayaran masuk taman botani     -    RM 3.00
bayaran masuk rumah 4 musim  -    RM 3.00

TOTAL                                    -   RM 6.00

Tuesday 15 October 2013

PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN 'REST & RELAX BACHELOR TRIP' DAY 2

permulaan hari ke 2 kita orang bersarapan di hotel , harga rm10/perhead **highly recomended**.. sangat berbaloi banyak pilihan dan sedap , tapi kurang memuaskan bila semua di bahagian kitchen adalah foreigner worker **paham2 la dia orang daripada mana k**.  apa2pun sebangla2 dia orang tapi servis melayan pelanggan tiptop cuma bahasa menjadi penghalang, aku cakap benda lain dia bg benda lain **noya sunggoh**. lepas sarapan melepak kejap sambil berjemur tanned kan kulit **fefeling mat salih berjemur, mcm gambar dekat bawah**

Sun Rise

setle membuncitkan perut, masing2 terus bersiap untuk activiti snoorkeling pada jam 1030 . alangkah malangnya yang naik 1 bot kita orang ni adalah pelancong dari China, kalau bercakap macam la kawan dia duk sebatu , duk terpekik terlolong sambil menunjukan gigi kuning dia tu.. dem!! x selera aku nak makan kalau ingat balik .. haha

bot kita orang g snorkling
lupa nak cakap aktivit snorkeling ni aku ambik dari pada kedai betul2 sebelah hotel kita orang, nama dia WANIE SHOP, owner kedai ni friendy gila oink oink, bukan owner dia je , mak dia , laki dia mmg peramah sangat2 dan aku cadangkan korang ambik snorkeling dekat kedai dia sebab tpt lain ada yang caj dari rm80 - rm100 untuk pakej snorkeling di Pulau Rawa dan rm50 untuk pakej 5 point TAPI dekat WANIE SHOP ni pakej ke Pulau Rawa hanya rm50 dan Pakej 5 point tu hanya rm35 dan yang paling syok masih boleh bargain .. haha bargain punya bargai kita orang dapat pakej Pulau Rawa tu rm40/person , haaaaaaa murah x? mana ko nak dapat harga macam tu , so apa lagi deal terus tanpa banyak soal jawab **terbukti yang mulut aku ni memang manis**

posing sikit
member aku muka cuak takut lemas

expose sikit 
budak ni suruh ambik gambar dia

kalau ambik pakej Pulau Rawa ni dia orang akan bawa kita kepada 3 point untuk snoorkeling , setiap point tu ada nama dia sendiri yang aku ingat Pulau Susu Dara, Pulau Tengku Burung dan lagi 1 aku terlupa **banyak sangat makan semut** . tapi tiga-tiga pulau ni aku boleh cakap superb!! sbb coral dan ikan dia semua besar2 dan yang paling penting aku nampak NEMO ..haha ko ingat senang ke nak cari si nemo ni? orang bertuah mcm aku je boleh jumpa nemo . haha nemo ni selalunya duduk jauh dari pesisir pantai/pulau dan bersaiz kecik je dan dia suka menyorok dekat coral yang yang panjang2 dan beralun2 tu **yang selalu ada dalam dokumentari tv**group China yang naik bot ngan kita orang ni bila nampak ikan je menjerit2 , dah mcm x pernah tgk ikan berenang **kesian kesian**

snorkling
poyo jap
muka minta penampar

masuk je pulau yang ke-3 , sorang member aku ni dah x larat , termuntah2 , bukan sbb mabuk laut tapi banyak sangat sedut air laut , aku mcm biasa , sibuk dengan misi mencari nemo **cute siot kalu dapat tgk nemo ni secara live**

dah agak lama snookerling kat tengah laut tu perut plak berkerongcong mintak di isi makan , so apa lagi, paksa abang bawak bot tu bawak laju2 **lupa aku nak cakap, time kita orang tgh snorkeling ni , yang paling excited snorkling sbnrnya abang bawak bot tu, dia plak yang melebih2 siap pakai 'fin' segala, tapi yang paling syok abang ni mmg sporting, siap boleh jadi bahan lawak kita orang lagi**

time balik punya laju abang tu merempit bawak bot ke tpt dia pungut kita orang awal2 tadi , melambung lambung kita orang dalam bot tu dgn perut lapar dgn China tu menyanyi dem!! nak muntah aku .. haha **aku rasa abang tu yang kelapran sgt sbb dia yang excited berendam dalam air tu yang dia merempit bawak bot x hingat dunia**

sampai je kat darat masing2 pecut masuk hotel, mandi dan skrg misi mencari lunch .. Lunch hari ni kita orang makan dekat Ewan's Cafe.. betul2 belakang hotel kita orang tu.. sambil makan sambil on9 dan paling penting Ewan's Cafe ni Winner untuk cafe terbaik di Pulau Perhentian untuk tahun 2012 dan 2013, jadi mmg layak di iktiraf pun sbb dia orang ni very very friendly melayan customers .. 

Ewan's Cafe
lepas lunch kita orang sambung cuci mata dekat Long Beach sbb semalam x dpt cuci mata sangat . kat sini para kaum2 lelaki x perlu risau sangat sbb 2piece di mana2 je **nanti aku buktikan** , cuma bersiap sedia dengan spek dan eye-mo .. eye-mo tu mana tau tiba2 mata x leh berkelip tgk 2piece so titiskan eye-mo di mata .. haha

sajian mata
aku harap 5 biji kelapa jatuh atas mat salleh dalam buai
jamuan mata

jamuan mata

jamuan mata

jamuan mata

jamuan mata


kat sini bukan je orang orang putih yang berbikin, orang melayu kita pun ramai yang berbikini tapi yang amat memalukan bila sesulit banyak pun tetap nak bebikini, nak muntah aku tgk tapi x pe, dh rezeki tengok je la.. haha

lepas settle cuci mata kita orang sambung tengok sunset tapi malangnya hari nak hujan jadi sunset pun malu2 nak timbul so kita orang decide balik bilik dan berehat sblm start aktivit malam.

MALAM

cadangnya dinner nak makan BBQ sempana malam terakhir kalau pulau ni tapi memandangkan hari tu aku dah makan bbq dan rasanya agak memual kan so kita orang tukar plan makan kat tpt lain , haha cuba teka kita orang makan kat mana .. haha **lambat benar korang nak meneka kan, so aku bg tau je la** malam ni ktia orang tetap makan dekat Ewan's Cafe .. haha nak buat mcm mn, kat sini je makanan yang sedap tpt lain harap je mahal tapi x sedap sbb tu kira orang tetap setia dgn Ewan's Cafe.

lepas dinner, kita orang berjalan2 dekat atas jetty tgk 1 group mat salleh tengah scuba waktu malam, wow! mmg syok la scuba waktu malam , dengan angin kuat + ombak besar = mmg mencabar, sebenarnya impian aku dari dulu nak memiliki lesen scuba tapi x kesampaian lg , insyaAllah satu hari nnt akan termakbul. 

aktiviti malam yang xpernah aku tinggalkan adalah tengok BULAN .. kenapa aku tengok bulan? sebab hanya orang yang memahami sahaja tau kenapa aku suka tgk bulan dan kenapa aku suka habiskan waktu malam aku tgk bulan ..

bulan peneman malam ini

balik je bilik , aku g basuh kaki, keluar je tandas semua dah berdengur ..  ooemmgii!! semua orang pakai ilmu apa ni sampaii senang sangat terlelap?? padahal x sampai 5min aku g basuh kaki .. aiyoo . xpe xpe aku paham sbb masing2 dah kepenatan lagi pun esok nak bangun awal pagi nak gerak ke aiport balik ke KL.