Thursday, 17 October 2013

SHORT TRIP 'TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM'

short trip kali ni aku ke Taman Botani Negara yang terletak di seksyen 8 Shah Alam, dulu Taman Botani Negara di kenali sebagai Taman Pertanian Shah Alam dan Taman Cahaya . Taman Botani Negara ni lebih kurang hutan simpan tapi kawasan hutan dia x de lah besar mana pun tapi sekurang2nya adalah jugak hutan kat tgh2 bandar Shah Alam ni, tenang jugak mata aku bila lalu kawasan ni setiap hari **laluan utama aku ke ofis**

dari segi kedudukan Taman Botani Negara ni dia xdelah rumit nak mencari sbb betul pada kawasan yang strategik dan berhampiran jalan utama **xpayah susah2 korang set je dekat GPS** . ramai orang datang dekat sini sbb nak masuk rumah 4 musim  dan mini zoo termasuk la aku .. haha 

peta taman botani

sebelum datang tu korang kena pastikan 2 benda :

1 . pastikan timing korang nak datang tu betul sbb Taman Botani bukan hari hari dia buka, pekerja sana pun nak jugak berehat **bangla pun cuti keje jugak** .. waktu operasi taman botani ni Selasa sampai Ahad dari jam 0830 hingga jam 1700, hari Isnin cotiiiii tapi kalau cuti sekolah dan hari pelepasan am isnin pun dia lenjan buka juga, so pastikan hari yang korang nak g tu dia x tutup, kang kalau tutup naya je .. haha 

2. pastikan msuim yang korang nak datang tu menepati citarasa, kalau nak rasa musim winter nak main salji **fefeling yang korang kat obersea** korang kena datang November hingga Februari , jangan plak korang nak rasa musim winter tapi datang bulan Oktober time musim luruh tu nama nya ajarang songsang.. haha x pun korang boleh tgk jadual yang aku bg ni untuk perangcangan masa korang nak datang nanti.. **jadikan kutub utara guideline**

BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN

MUSIM
MUSIM
November – Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)

short trip aku kali ni x berapa nak menjadi, plan nak gerak awal pagi sebab nak jogging dan cycling sekali dekat sana tapi akhirnya jam 1200 baru kita orang gerak g sana atas sebab sebab kecemasan **padahal bangun tido lambat, jam 1100 br bangun tido** dan dengan automatiknya aku terus rancang plan B sbb plan A x menjadi .. haha 

bayaran masuk hanya rm3.00 , yeeeee hanya tiga henggit shj , murah kan, **sambil2 kenyit mata** tapi tu hanya bayaran masuk ke Taman Botani je , kalau nak masuk rumah 4 musim tu kena tambah duit lagi , haha **pandai x marketing dia orang** musim bunga, musim panas dan musim gugur kena tambah rm3.00 dan musim salji rm5.00, biarpun kena tambah duit lain tapi tetap murakah  ..  **jadi korang x payah nak bising2 sangat x sampai sepuloh henggit pun**. tiket masuk rumah 4 musim tu korang boleh beli sekali masa bayar tiket masuk tu dan mention sekali korang nak masuk rumah 4 musim , kalau x dia orang caj korang bayaran masuk taman botani je. **paham2 la kalau orang keje jual tiket ni, dia orang memang berat mulut nak bertanya**

kaunter bayaran masuk

tiket masuk taman botani dan rumah 4musim

masuk je taman botani tu korang ada pilihan sama ada nak jalan kaki, nak sewa basikal atau pun korang nak naik shuttle bus untuk menjelajah taman botani ni . kalau korang ni jaguh dalam acara jalan kaki , korang boleh la try jalan kaki dalam ni tp jangan sampai kaki kemana , badan kemana, rumah 4 musim kemana haha aku cadangkan naik je bus, bus dia pun unik .. haha 

memandangkan aku bawak kawan yang br festime datang sini so aku bawak la dia naik bus yang unik tu , **korang x yah nak gabra mana nak dapat bus tu, bila korang masuk je taman botani ni , bus stop betul2 dekat depan korang nnt** .. bus akan bergerak setiap 30minit ..


semua org suka benda percuma

haaaaaa... unik x bus dia

bila bus begerak dia akan bawak korang naik terus naik ke puncak dulu jadi korang x perlu la gatal tangan nak tekan loceng segala, kang x pasal2 abang driver bus tu suruh korang yang bawak bus tu .. dekat puncak tu ada empangan air dan situ la check point yang pertama sekali , dari situ br lah abang driver tu akan berhenti di setiap check point check point berikutnya tanpa perlu korang gatal tangan nak tekan loceng .. **tpt orang x nak turun pun dia berenti juga**  .. pastikan korang x terlepas tpt yang korang nak pergi ..

beriya2 abang driver ni berenti dekat kebun rempah ratus, rumah tradisional tapi sorang pun x nak turun TAPI bila je abang driver berenti dekat rumah 4 musim semua bergegas turun , terus kosong bus .. haha **kan aku cakap semua orang nak g rumah 4 musim** .. bila turun bus tu korang kena la menapak sikit untuk ke rumah 4 musim tu tapi x payah nak mengeluh sangat sbb ketiak korang pun x basah kalau menapak haha .. yg syoknya kat sini waktu korang menapak tu korang boleh hirup udara segar , kiri kanan pokok besar2 jadi sambil korang bejalan tu korang boleh la cuci mata tgk pokok ngan burung2 yg terbang **haip! haip! jangan cuci mata tgk burung lain**

tu diaaaaaaaaaa

pemandangan sebelum sampai rumah 4musim


bila sampai depan rumah 4 musim , korang jangan terus masuk dulu , korang  g la tangkap gambar dekat  'signboard', snowman dan lg 1 ada background ala-ala mcm kat korea depan rumah tu, atleast boleh la korang upload dalam instagram ngan fesbook  .. **tu pun nak kena ajar** haha

snowman + signboard

yg ni kena hafal takut sesat nnt


waktu aku g ni musim gugur, jadi semua daun dah kering2 dan dah mula gugur tapi pemandangan tetap menarik **apa yang menarik pun x tau la , padahal depan rumah pun byk daun mangga yang gugur xde plak aku cakap menarik**  haha , rumah 4 musim ni xde la besar mana pun , kalu boleh x payah la korang nak bertapa dalam tu sampai 1 jam , sbb rumah 4 musim ni di bahagikan kepada beberapa bahagian, setiap bahagian tu ada limit2 pengunjung so bagi la peluang orang lain nak masuk jugak ..

setiap area ada limit pelawat 

pastikan korang stay dlm kwsan kaler grey

sejuk dalam ni

jambatan menuju kebahgian

mamat poyo

daun mula nak gugur

daun mula nak gugur

daun mula nak gugur

daun mula nak gugur
musim luruh ni orang masuk keluar cepat je tapi kalau musim bunga ngan musim salji, semua duk dalam tu kalau boleh x nak keluar termasuk la aku haha tapi x salah kan bg nasihat .. haha

lepas kita orang keluar , terus melepak kejap depan rumah 4 musim ni ambik2 gambar di setiap sudut **fefeling yang kita orang ni pelancong dari Nigeria** haha  .. lepas setle ambik gambar fefeling mcm pelancong kita orang melepak dekat tasik betul2 depan rumah 4 musim ni , time melepak ni macam2 kita orang bayangkan , mana tau tengah2 melepak tu tiba tiba naik plak 3 ekor buaya baham kaki kita orang , naya je bayar rm3.00 balik rumah kaki kudung   **kita orang mmg kuat berfantasi** ..

pelancong Nigeria

fefeling kat KOREA

tunggu buaya
peace!! tasik ni xde buaya haha

dah dah x payah melepak lelama dekat tasik tu, cukup la sekadar snap snap gmabar letak kat fesbook .. haha lepastu kita orang tunggu bus semula nak ke check point seterusnya , MINI ZOO .. aku ni dari kecik suka binatang tapi tikus ngan katak mintak maaf bebanyak mmg aku geli , kalu setakat ular tu aku siap boleh buat tali pinggang.. haha time tgh tunggu bus ni korang boleh la beli makanan , so sambil tunggu bus korang boleh melahap sekali so jimat la masa kat situ .

bab makan kat sini korang janga risau sbb banyak kedai2 kecil yang di namakan KOTAMAN , setiap check point ada kotaman ni, macam2 yang dia orang jual , adayang jual nasi, beger, air dan paling bes cekedis **feveret aku dari kecik** cuma korang kena siap sedia duit dan jangan fefeling yang tiket korang bayar rm3.00 tu termasuk kupon makan, tiket tu hanyalah semata2 tiket masuk je ke taman botani shj .. lagi satu semua urusan jual beli melibatkan tunai ringgit malaysia SAHAJA , kalau korang mcm nak guna rupiah ke, dollar ke yen ke mmg x terima kat sini bukan tu je visa, mastercard etc pun x layak di gunakan kat sini, **macam x paham2 yang aku cakap rm tunai shj**  . dari segi harga x jauh beza dari kedai2 kat luar tu jadi x perlu la gigih nak membeli dari kedai2 luar pastu nak angkut masuk dalam taman botani ni.

macam2 ada dkt KOTAMAN


bila bus sampai semua orang bergegas naik, dah macam kt bombay aku rasa, haha tapi kalau boleh tu biarlah budak2 ngan orang tua naik dulu, korang muda bergetah ni cuba la bawak2 bersabar . time aku naik bus ni , ada lah sorang bapak budak ni dukung anak dia dalam bus sambil berdiri, lepsatu ada plak pasangan kapel yang duduk bermesra dalam bus ni , aku apa lagi sound tepek je la tapi amat menyakitkan hati bila dia orang buat dek je **aku agak2 pasangan kapel tu golongan orang OKU dari spesis pekak** so abang tu pun dgn cekal dukong anak dia sampai la bus berenti dekat mini zoo ..

bus berenti je semua bergegas turun termasuk la kita orang .. bila turun je korang akan dengan bunyi kicauan burung, tenang gila bila dgr2 bunyi mcm tu .. kat mini zoo ni korang jangan la plak anggap expect ada singa, harimau , gajah dan binatang2 buas yang lain , kat sini hanya ada binatang2 biasa shj **paham2 je la mini zoo kan** .. kalau korang rasa nak tgk harimau gajah singa tu sila lah ke ZOO NEGARA .. haha

kat mini zoo ni ada landak, burung kakak tua, burung merpati, iguana dan banyak lagi tpi yang paling syok kat sini ada kancil dan kuda . so boleh la bawak anak2 untuk tgk haiwan ni dgn lebih dekat. semua landak dekat sini dah tua2, dah x mampu nak berjalan, time kita orang g tu landak2 tu semua membongkang tido .. bila kita orang g kandang kuda aku perasan yang kuda2 kat sini semuanya di namakan mcm nama artis **kelazzz ko jah** ada nama Shila , aku agak2 penjaga kuda ni peminat fanatik Shila Amzah tu yang dia letak nama kuda dia mcm tu ada sekor kuda tu nama Chinta **hamboiiii mengalahkan nama manusia** mungkin nama penuh kuda ni Chinta Chanduri mcm Fasha Sanda .. **ampun ampun** dan x lupa jugak ada gaya kuda mcm Azwan Ali **amboi amboi amboi** hahaha tergelak besar aku .. kuda2 dekat sini korang boleh pegang dan usap2 dan jangan risau sbb semua nya jinak2 , tapi kalau nak menunggang korang kena minta izan penjaga kuda2 ni dulu.

Chinta Chanduri

Shila

Aaron **matilah

burung kakak tua

meantang ni membongkang tido

cicak  gergasi**hahaha
setle je jelajah mini zoo ni maknanya setle lah short trip yang sememangnya short sangat2 dkt taman botani ni .. kita orang masuk jam 1200 dan keluar lebih kurang jam 1630 .. sekurang2nya plan B ni menjadi laa jugak .. haha aku cadangakan kalau korang nak datang sini sila lah datang awal pagi dalam jam 0900 @ 1000 sbb time tu kat sini sejuk sikit dan kalau bernasib baik ada kabus..

mini zoo
kat taman botani juga ada chalet dan tapak perkhemahan untuk sapa2 yang teringin untuk merasa stay dalam hutan, harga chalet dan caj tapak perkhemahan ni sangat2 la murah **highly recomanded**

kalkulator budget :

bayaran masuk taman botani     -    RM 3.00
bayaran masuk rumah 4 musim  -    RM 3.00

TOTAL                                    -   RM 6.00

No comments:

Post a Comment