Hari ke-2 dekat Penang ni kita orang plan nak g selfiee dekat Street Art. part yang paling mencabar, aku ingatkan kawan aku yang duk penang ni tau la jalan2 g street art tu **panaih hati kita wak**, last last aku yang guide dia, nasib baik semuanya senang je nak cari dan macam biasa la dia akan jadi potogerapher aku setiap masa haha **tq kawan**. kalau nak senang kena start meneroka mural ni dari Lebuh Chuliah, dekat ngan Jetty.
|
maps |
Kalau nak ikutkan ada 18 mural tapi ini jelah yang aku jumpa tempat ni sangat2 lah menarik. dekat sebelah mural Lion Dance ni ada gerai Ais Kepal.. pergh!! memang layan habis dapat pekena ais kepal time cuaca panas **highly recomended!!**
|
Ais Kepal |
|
Lion Dance |
Lokasi ke-2 hari ni Fort Cornwallis, berhampiran dengan Padang Kota **tempat ni femes**, dalam Fort Cornwallis ni ada sebuah Gereja yang festime di bina dekat Pulau Pinang, ada rumah api dan beberapa bijik meriam **tatau la meriam ni boleh guna lagi ke x** dan kat sini jugak ada beberapa sel sel penjara pada zaman tersebut. nak try masuk penjara? sila ke Fort Cornwallis, bayaran masuk rm2.00 murah kan .. hahaha moga korang x terkena badi penjara tu .. **kbai** haha
|
Gereja Pertama di Penang |
|
Sel Sel Penjara |
|
Rumah Api |
|
tu diaaaa!! sapa makan pasti menjerit melolong!! |
Nak abih kan masa dan nak perabih duit , naik plak beca RM15.00 dia bawak keliling padang kota je .. pergh!! terasa mcm rugi plak .. kalau nak syok naik beca naik dekat melaka waktu malam meriah uols!!!
Plan punya plan akhirnya kita orang naik Bukit Bendera jam 8.00 malam, saja nak cari kelainan katanya, haha train terakhir turun pukul 11.00 malam, tiket naik bukit bendera RM8.00 untuk dewasa, kanak2 setengah harga, standard la tu ..
pergh!! serius mmg bes naik bukit bendera time malam, ROMENTIK BANGAT!! .. tak menyesal wa cakap sama lu .. haha kat atas ni jugak ada Owl Museum tapi kita orang x masuk sbb dah tutup so snap gmbar je la..
No comments:
Post a Comment