Hari terakhir kat sini xde aktiviti, sarapan pagi pastu bersiap untuk balik ke Shah Alam semula, tapi sebelum balik tu sempat la snap beberapa gambar sekitar taman negara tu, yang lawaknya, signboard rumah rumah tumpangan dekat sini, x cukup gantung kat tiang lampu sepanjang jalan tu ada yang siap gantung dekat pagar sekolah, tu la demi meraih keuntungan kan sampaikan tpt yang x sepatutnya pun depa duk tarah gantung signboard.
Time dalam bus ada la budak usulkan nak singgah Deer Land, pergh! aku apa lagi orang pertama setuju dan terus cadangan di tutup **ko mampu nak gila berkuasa macam aku** haha.. dalam perjalanan nak ke deer land tu macam biasa la, jalan raya lenggang lenggok pastu perut pulak penuh dengan sarapan so apa lagi buekkkkkkkkkkkkkkkkkkk la jawapanya **lega**
Deer Land **HIGHLY RECOMMENDED!!** ni dalam kategori mini zoo, tiket masuk dia aku x ingat berapa henggt tapi murah dan berbaloi la, kalau dah mini zoo ni korang jgn harap la nak ada pengguin ke dolphine ke harimau ke buaya ke kalau nak benda2 mcm tu kena g Zoo Negara nuh kat KL yang sesak ngan jem tu. haha di sebabkan kita orang ni majoritinya adalah gadis gadis, maka secara automatiknya abam abam yang keje deer land bg peluang kat kita orang bg makan kat rusa.. pergh!! apa lagi dengar la suara gadis gadis menjerit2 keriangan dan kegeletisan di situ termasuk la iols.. haha **ada aku kesah**. kat deer land ni bukan je ada rusa semata2, banyak lagi binatang yang x berbahaya dalam zoo ni, bukan sekadar tengok2 je, siap boleh pegang2 dukung2 geli2 lagi tapi nak bawak balik mmg x leh la. senang cerita amat lah berbaloi kita orang singgah dan aku cadangkan sapa yang balik dari Taman Negara Pahang singgah la sini x rugi, mmg layan habis. tambah2 abam2 yang jaga tu plak macho macho mmg x pernah rasa rugi pun **so dengan ini iols bagi 5 bintang dekat Deer Land**.. haha di sebabkan nak hambik hati abam2 ngan kakak2 yang jaga dearland ni aku pun beli la 2 bijik Fridge Magnet. **penuh makna sgt aku ni**
syok!! |
gigih nak bg anak makan haha |
binatang tu pun pelik tgk aku |
tgk yang apek pakai spek tu .. lapaq kemain lg |
sapa cakap aku takut ular?? ini buktinya haha |
binatang ni hancing gila, aku ingat kencing je hancing |
ber'sosial' haha |
kucing bengal |
ayam ni cute, sbb bulu dia gebu pastu pakai stokin |
@ Deer Land |
Setle dekat Deer Land tu terus shoot balik Shah Alam, pastu apa lagi, melanguk dalam bus tido..
S
berehat @ Masjid Pekan Karak |
S
P
E
C
I
A
L
G
R
E
E
T
I
N
G
T
O
Sekalung Ucapan Terima Kasih
Kepada
Human Resource Club Unisel Atas Jemputan.
No comments:
Post a Comment