Friday, 23 May 2014

Safe , Enjoy & Affordable Fly with Malindo Airlines



Ni bukan kali pertama iols naik MALINDO, sebelum ni pernah naik MALINDO balik Kota Bharu dan paling kerap g Johor Bharu. Malindo beroperasi di 2 tempat satu dekat SkyPark Subang dan satu lagi di KLIA2, yang dekat SkyPark Subang tu dia untuk pesawat ringan alah yang ada kipas kat luar tu la tapi yang dekat KLIA2 ni aircraft yang lebih besar macam Boieng. dari segi harga tiket memang sangat murah, senang cerita berbaloi sangat.


harga tiket
harga tiket
Kali ni trip bulan May iols ke Penang sempena cuti Wesak, jadi iols beli tiket dua hari sebelum fly **iols mmg suka buat kerja kerja last minit** haha yang paling bes harga maintain biarpun due date dekat, harga rm135 return ticket **korang  tgk mana nak dapat harga tiket last minit macam tu kan utk last minit** haha. nak di jadikan cerita, ni kali pertama iols akan terbang dengan MALINDO menggunakan KLIA2 sebab sebelum ni iols just guna SkyPark Subang dengan KLIA1 je tapi di sebabkan KLIA2 dah sepenuhnya beroperasi jadi semua penerbangan akan melalui KLIA2.



@ KLIA2
Flight iols ke Penang pukul 0810 pagi tapi pukul 0600 iols dah tercongok tunggu kat aiport, maklum la takut tertinggal flight **pernah ada pengalaman kena tinggal flight uols , so dah serik weii** haha. dalam pukul 0630 iols check in 1 luggage **saja2 check in sbb nak dapat kan tag je** untuk pengetahuan uols uols semua Malindo bg free luggage seberat 15kg, kalau lebih dari 15kg tu sila sediakan wang secukupnya untuk proses membayar haha. masa iols check-in beg, budak lelaki yang jaga kaunter tu sangat la friendly, siap bagi direction untuk next step, dan secara rasminya iols pun buat buat la banyak bertanya al makluma lah first time naik kat KLIA2 ni kan so masih newbie lagi kan, semua soalan iols dia jawab dgn penuh senyuman. terima kasih dik. maaf la dik , iols x sempat ambik nama uols untuk di abadikan dalam blog ni tapi iols tetap nk bg 4 stars kat uols.


@KLIA2
@KLIA2
Settle check-in beg so iols terus je ke departure hall sambil jalan cuci cuci mata dulu **biasala kannnn**. Departure hall untuk MALINDO ni mmg sangat sangat lah selesa, setiap departure hall ni ada 2 atau 3 orang petugas yang akan menjaga dan membantu penumpang yang mengalami kesulitan, iols dapat departure hall K16. pergh!!! jauh giler tapi enjoy la berjalan sambil sambil cuci mata **so apa nak kesah sgt kan** haha


@ Departure Hall
Selfieeee
Flight iols hari ni OD 2102, 2 orang pilot yang hensem dan 4 orang pramugari yang cantik cantik belaka. macam biasa la sblm flight tu naik depa ni akan bg instruction pasal tali pinggang keselamatan, topeng udara, vest dan macam2 lagi , tapi yang istimewanya dengan MALINDO ni dia orang bagi sepenuhnya instruction tu dekat skrin depan kerusi penumpang. so masa ni uols kena la bagi PERHATIAN!! ye.

 taraaaaaa dapat jugak merasa duk dalam ni
terbang tinggi di udara
risalah keselamatan dalam penerbangan Malindo
risalah keselamatan dalam penerbangan Malindo
Lupa plak nak cakap, bahagian penumpang Malindo ni ada 2 bahagian , satu bahagian Business Class dan satu bahagian lagi Ekonomi, 3 baris depan pesawat tu untuk Business Class dan yang selebihnya hingga seat terakhir tu untuk Ekonomi yang layak untuk iols **sob sob**.

Business Class
Business Class
Ekonomi
Ekonomi
Setiap seat akan ada 1 skrin dekat depan, so kalau uols rasa nak layan movie uols boleh la godek godek skrin kat depan tu. bukan setakat movie orang putih ngan orang melayu je , siap ada movie tamil lagi. pergh!! 1 Malaysia sangat ni. lagi 1, Dekat skrin tu macam macam bahasa ada sampaikan bahasa Bangladesh ngan bahas Korea pun ada so uols boleh pilih la nak bahasa yang mana 1, kalau dah tau fasih BI BM x yah la nak godek sampai tukar bahasa jadi tamil plak ye, kang jenuh nak paham pulak haha

Malindo
pilih je bahasa mana yang uols nak
Selaluya kalau dalam MALINDO ni iols akan layan movie je, sambil layan refreshment yang dia orang bagi memang fefeling eksklusif sgt iols ni haha. sepanjang sejam penerbangan tu iols sempat la snap beberapa gambar untuk bg uols semua bg teliur sikit **jangan marah ye**


tu diaaaa sekali layan Tamil



Sejam penerbangan yang selesa akhirnya tiba dekat Penang International Aiport dengan selamat. Alhamdulillah. pada uols uols semua, try la naik MALINDO ni confirm uols semua puas hati sampai terkelu lidah **gituh!!**




special thanks to all MALINDO crew members!!


Capt Kalvinder Singh & FO Ahmad Zuhaili
KLIA2   TO   PENANG
FLIGHT : OD 2102
CAPT KALVINDAR SINGH
FO AHMAD ZUHAILI
INTAN NABILA
NURUL AIN
KEVINJIT KAUR
EMMYLIA ARSHAD




PENANG   TO   KLIA2
FLIGHT : OD 2105
CAPT ROBIN CHIN MOOK LEONG
SO MUHAMMAD FAIQ AIZAT MOHAMED
SITI HAZLINA HASHIM
ZAHIERA AZMAN
NG SIAU TEIN
NUR AZREEN MOHAMED KAMAL



No comments:

Post a Comment