|
Patong Phuket |
hari ke-2 dekat Phuket, bangun awal gila , semata2 nak tgk sunrise tapi hakikatnya xnak berebut sarapan nanti .. bilik yang aku ambik ni sekali ngan sarapan, nasihat aku kalau korang nak makan tu korang kena tanya betul2 sama ada makanan tu Halal atau Non-Halal, demi menjaga kesucian diri pagi ni aku sarapan makan ala-ala english style , just minum coffee ngan makan roti je , x nak makan benda yang berdaging ni , x berani uolsss takut makan tersalah daging plak , kang xpasal2 kena samak pulak mulut ni, haha.. lepas sarapan tu aku masuk bilik sambung brht sblm tgk sunrise tapi paham2 jela bila perut kenyang , masuk bilik plak, dah macam dungong la plak aku tido .. haha sedar2 dah pukul 0910 , sunrise kemana aku pun tah kemana, haha
tempat tumpuan hari ni nak bersiar sekitar patong beach , dari hotel aku ke patong beach ni dekat je , tapi kena lalu shortcut la, shortcut tu plak kena lalu Bangla Road , so mengimbau la kenangan malam tadi.. hehe bila time siang2 mcm ni , bar bar area bangla road ni tetap buka, 24jam operasi cuma bezanya xde orang2 nak berjoget, mungkin siang2 mcm ni orang yang berjoget malam tadi g berurut sbb tersalah urat .. haha sepanjang laluan bangla road tu tenang je , x bingit macam malam tadi .. kalau korang datang sini x sah kalau x perhatikan wayar letrik dia orang , wow!! bersepah siot wayar letrik, tgh sedap elok2 berjoget , wayar letrik terputus , mau mati kejung semuanya ... haha sistem eletrik diaorang x secanggih Malaysia, kadang2 nak baca signboard pun payah sbb terhalang dengan wayar letrik ni.
|
rare sungguh wayar mcm ni |
|
bersimpang siur karen depa |
bila sampai pantai ni, banyak hotel2 yang exclusive , semuanya mengadap pantai, syok gila bangun2 tido tgk pantai **fefeling kejap** ... kat tepi pantai ni bersepah tuk tuk, kalau nak sewa moto pun ada, bukan tu je moto superbike tu beb, entah berapa lak dia orang caj, berair tgk superbike .. kat pantai ni tersangat lah banyak xtvt nya, ada yang main payung terjun, jetski benda2 ni basic je ada je kat malaysia tapi yang syoknya kat sini ada siap bangsal untuk massage, massage sambir dengar bunyi deruan ombak ... **layannnnnnnnn** .. pantai patong ni sama macam pantai2 lain juga , ramai yang berbikini **terbeliak mata aku tgk** , white sand , pasir dia tersangat la lembut x tau mcm mn nak gambar kan **poyo sgt statment ni sbb sama je mcm pasi dekat long beach perhentian island**
|
patong beach |
|
cuci mata |
|
pelampung asli |
|
dia suka makan tayar |
|
konfident biar pun overweight |
|
murah gila kat sini |
kat phuket ni banyak je makanan2 menarik , ada yang siap ukir2 makanan lagi tapi pastikan apa yang korang nak makan tu halal , kalau x tau makanan tu bahan dia apa , cuba ringan kan mulut untuk bertanya, kang termakan daging bab* naya je , kena samak mulut guna air tanah **sesuailah utk mulut longkang**.. kalau nak makan mekdonel, korang kena hati2 sikit sbb mekdonel kat tahiland ni ada jual daging pork juga, salah satu menu dia Ninja Beger tapi ramai je orang beli **macam sedap je, macam nak je** haha ambik la masa sikit baca menu dia paham betul2 jangan sampai salah order .. nasib baik la aku bukan jenis cerewet bab makan, x makan nasi seminggu pun x pe, janji aku dapat makan buah jd x de la aku terhegeh2 nak cari nasi, kalau nak makanan islam, try g kalim beach , berhampiran Patong Beach , kat kalim beach ni semuanya peniaga gerai muslim , xpun makan area Masjid phuket tu, kalau x nak berjalan boleh naik tuk tuk dalam thb 40. Kalim Beach ni x terkenal sbb kawasan dia x cantik , pantai dia pun banyak gila batu, kang sedap berang kepala bedarah terhantuk batu ... haha hari ni aku lunch simple je makan donut ngan minum black tea dekat setabak, rege standard rege kat malaysia je , aku lunch dekat sini tujuan dia nak caj telepon lgpun dapat jemputan lunch sekali ngan famili kawan baik yang mmg orang phuket **excited makan free**
|
my feveret |
|
lunch |
dalam jam 1400 kawan aku tu datang ambik aku , bateri hp pun dah setengah full, dia bawak g makan area kalim beach, terbaik wokkk makan pulut + somtam + kerabu rebong + ayam bakar dan yang paling bes sekali daging jemur ... daging jemur ni daging lembu, tapi sebelum dia goreng, daging tu di peram ngan beberapa rempah lepastu dia jemur daging ni bawah cahaya matahari sampai kering sikit pastu baru masak, dem superb rasa daging ni!! .. kedai ni pun senang je nak cari , dari patong beach tu menghala ke kalim beach , terus je sampai jumpa jambatan, kedai ni sebelah jambatan je ni 1 je kedai kat situ, tepi kedai ni ada sungai , mmg layan habis la ... total makanan tu THB 120 lebih kurang RM 12. murah gila!!
|
miss them so much! |
time tengah borak2 ngan aunty **macam ayam itik** dia orang nak belanja aku masuk Herb Sauna, dia orang cakap setiap hari dia orang g sauna tu patut la aku tgk 'segar bugar' aunty ni. sauna ni dekat Karthu, kawasan pendalaman , dekat ngan air terjun karthu, festime datang ternganga mulut aku terpikat ngan tmpt ni **wink wink** . caj masuk THB 120/person lebih kurang RM 12 sorang, tenang gila kat sini wa cakap sama lu , x ramai orang pun dekat sauna ni sbb mungkin pelancong x tau la pasal sauna ni, majoriti yang datang orang kampung. sauna ni bercampur antara lelaki + pompuan, tempat salin pakaian pun bercampur jgk tapi kalau rasa mcm x nak bercampur boleh request bilik sauna yang lain. **mata jgn pandang benda bukan2**, herba2 yang di gunakan semuanya dia orang tanam sendiri sekeliling sauna ni, bila masuk je dalam bilik sauna ni bau dia lebih kurang bau 'vicks', kita orang buat 3 round **jangan nak pikir bukan2 sangat, round tu maksudnya masuk bilik sauna** , 1 round lebih less than 10min sbb kang kalau duk dalam bilik sauna tu lama2 takut nnt jadi mcm ikan masak stim plak, naya beb! bila lepas 3 round sauna tu boleh aku terlelap kat tempat duduk, badan rasa segar gila time tu, sambil tu dengar bunyi2 unggas maunya x terlelap, kat tpt sauna ni jugak ada jual air kelapa fresh , dia orang petik belakang sauna ni je, mmg layan habis la sauna kat sini, kalau nak lagi cun minum air asam jawa, mau koran cirit birit kat situ ... haha.. lepas je sauna balik hotel siap siap nak g nite market dekat phuket town.
|
Kartu Waterfall |
|
tasek ke lombong pun aku tatau |
nite market ni weekend je, banyak gila peniaga, lebih kurang mcm uptown kat malaysia je, harga dia standard sbb tu tumpuan pelancong , tapi kalau pandai boleh la buat aktiviti tawar menawar , tapi kalau nak harap akau tawar menawar aku rasa dapat la kurang thb 5 je haha *xyah nak gelak sgt la, aku mmg x pandai bab tawar menawar ni**, kat sini aku beli cenderamata untuk orang2 terdekat, dan gerai gerai jual makanan halal byk kat sini, makanan dia plak unik2 , kalau dessert plak mmg aku cakap manis melenting tapi yg penting sangat sedap (Y) , lepas membeli belah kat nite market ni , aunty open table tapi bukan minum todi, cuma minum coke haha , dia orang ni sangat la open minded dan dia org ni sangat menghormati muslim mcm aku ... lepas minum2 , kita orang jalan2 sekitar phuket town dan balik hotel SIYES malam tu aku tido sangat lah lena dan bila aku bangun rasa fresh gila mungkin kesan sauna tu ... lepas ni aku nak continue bersauna herba dekat area tpt aku kalau ada la..
akibat tido lena malam tadi nasib baik la x terlepas bus nak ke Hat Yai, bangun lewat pastu sarapan pun lite2 je, sekadar lapik perut, pastu terus g stesen bus untuk bertolak ke hatyai, naik bus yang sama harga tiket pun sama THB 400, dalam jam 1530 sampai hat yai, dari hatyai tu aku ambik van ke Butterworth Penang .. kenapa aku g penang? sbb aku balik naik flight, x larat aku nak duk berjam jam dalam bus nak asmpai Klang Sentral tu .. hehe dari Hat Yai ke Butterworth tu lebih kurang 3 jam je , tapi kita terpaksa mbertapa dalam van tu lebih kurang 4 jam sbb masa nak keluar area Danok/Sadao tu jem gila babeng la sbb orang2 malaysia nak keluar jugak so mmg kena la mengadap jem tu .. time aku nak keluar g cop paspot tu , aku tunggu la van yang kau naik tu ngan penumpang2 cina lain , pastu yang penumpang2 cina ni duk kalut , dia nampak je van dia terus naik , aku pun apa lagi follow la naik , sekali aku tgk YA AMPUN KITA ORANG SALAH NAIK VAN... malu gila time tu , nak je aku sagat muka ni kat jalan tar ... haha sampai je butterworth member aku si Sapik datang ambik bawak g aiport .. tengkiu Sapik ..
No comments:
Post a Comment