Friday, 28 February 2014

MISI KEMANUSIAAN DUA POINT KOSONG MABUL HARI KEDUA



telur 2 biji sapa ni??
Tu diaaaaaaaaa awal awal entry dah tunjuk gamabr telur .. haha hari ke-2 we’ols bekpes dekat Rumah Penginapan Naga sbb bekpes mmg di sediakan sekali, tapi apa yang disediakan  telur rebus, roti bakar, teh dan kopi tapi cukup la dengan apa yang we’ols bayar kan **jangan nak demand kalau bayaq cheap cheap**. haha tapi awal2 pagi dah makan telur rebus , kang  semua keluarkan ‘bom’ sekali serentak mau abang desa ni pitam uols. haha kalau nak ikutkan dari bekpes yang di beri tu nora hanya akan bg 2 bintang je tapi yang paling bes bila bekpes tu we’ols makan menghadap laut yang tu nora bagi 60 bintang **hambekkk ko bukan 5 bintang je 60 bintang nora bagi**, susah nak dpt pengalaman mcm tu wooo hanya insan insan terpilih macam we’ols je yg dpt. lepas bekpes , ada group yang kena g pasar sbb nak cari seafood untuk bbq geng #Mabules dekat Mabul nnt.


ketat je muka adik tu
sabar menanti katanya, tapi bawak punya laju
Dalam jam 1030pg ada 3 bot tunggu we’ols dekat jeti umum Semporna **feeling diva uols naik bot**, boatman pulak ganteng2 bangat!! **horeyyyyyyyyyy**. aktiviti pagi ni we’ols akan mendaki Bukit Bohey Dulang, pejalanan dari Semporna ke Bohey Dulang ni dalam 1 jam naik boat , kalau naik kete x kan sampai sbb xde jalan darat .. sejam perjalanan ke  Bohey Dulang ni sangat la menarik hanya Tuhan yang tahu, pemandangan yang sangat Amazing!!, perubahan2 kaler ayaq laut jelas kelihatan **gituh**. dan dalam perjalanan ke Bohey Dulang ni jugak la terperasan 1 pulau yang betul2 betul gambar dia dalam poskad, sangat2 indah ciptaanNya. Sampai je Bohey Dulang x sempat turun boat lagi dah snap2 gambo dah beratus belum lagi nak mendaki, biasa la semua feeling retis. Dekat Bohey Dulang ni we'ols di jemput oleh Marry , haaaaaaa apa yang besnya kat sini , Marry ni bukan Manusia mahupun jenglot tapi Marry ni sekor hanjing yang sangat ‘peramah’. Dekat pulau Bohey Dulang ni ada pusat penyelidikan Marin, tempat dia orang kaji habitat habitat laut macam tapak sulaiman, gamat bukan tu je ada Kimah **jgn tukar K plak belakang Kimah tu** yang di jadikan kajian , kimah ni lebih kurang macam kerang gergasi **tiram sbnrnya** haha, kat sini dilarang 100% untuk memancing dan menangkap hidupan laut. dalam setengah jam we’ols berkumpul dgr taklimat dari abang guide yang taff untuk bg penerangan hiking, dalam 7minit abang tu membebel sorang2 sbb yang lain sibuk snap snap gambar we’ols pun mulakan pendakian Bohey Dulang, uols uols we’ols nak cakap masa dalam hutan ni kena berhati2 sbb jalan licin dan paling penting jangan nak pegang sana pegang sini takut salah pegang nnt terpgang benda lain plak so time hiking ni kena focus dengan keselamatan diri. time kita orang Hiking ni pun Marry ikut jugak , dia happy gila kot ada pelancong , terloncat loncat mcm anjing kena belacan. haha

Welcome to Bohey Dulang Island
hi nama saya Marry, saya x kekoh olang
silat wak Jabit
crdt Cikgu Konah

no caption

Ketinggian Bohey Dulang ni 600 meter dari paras laut dan paras matahari **gituh!! geologist sangat aku ni**, dalam kurang sejam dah boleh sampai puncak, bila sampai puncak tu hilang semua penat lelah mendaki, dengan di hidangkan pemandangan yang sangat menawan, x tau mcm mn nak gambarkan pemandangan dia, korang tgk je lah gambar tu nnt, dan atas bantuan si Marry ni aku bg token 3 keping roti gardinea, dia ngan tamak dan rakus makan roti sekelip mata, mungkin dia ada saka. *matilerrrrrrr**. beribu beribu keping gambar kat atas tu br lah masing2 nak turun, selagi x snap beribu gmbr selagi tu la  xmo turun, padahal posing sama je, tapi aku ada perasan orang posing mcm nak terbang tapi tatau sapa dia, mungkin dia feeling dia seekor burung **matilerrrrr** biasala bila dah kat atas tu ramai yang fefeling mcm gagak pun ada.haha .. aku group pertama yg sampai bawah di temani si Marry so apalagi bagi token lagi kat hanjing ni sbb jadi bodyguard. **kalau sapa2 ke Bohey Dulang ni belikan la makanan untuk Marry ni**, lupa plak nak cakap aku di pahamkan Bohey ni bermaksud ‘Air’ , Dulang pulak ‘Dulang’ ler , so bila dah kat puncak ni akan Nampak Air dalam Dulang TAPI aku x nampak mcm tu pun **konpius**, mungkin time dinesor dulu je kot nampak mcm tu skrg dah berubah sbb zaman moden **untung la zaman moden**. Time nak naik bot blah dari Bohey Dulang ni ada beberapa adengan yang x di ingini terjadi , ada beberapa orang jatuh dekat jetty sbb jetty tu licin sikit tapi nasib baik x de kecederaan , kalau aku jatuh time tu mesti aku buat buat pengsan, biar abam PGA PGA yang ramai tu dating bg CPR **aum!!** apa2 pun SAFETY FIRST.


1 2 3, 1 2 3
walawei cun gila gambar ni
cabaran naik turun Bohey Dulang

tu diaaaaaa bidadari 600 meter
Akhirnya .. this is Bohey Dulang!!
rare iols hiking guna selipar jepung
blog iols mesti la iols kena expose lebih
siap tertonggek tonggek
tu dia semua senyum nampak kamera
cun gila gambar ni
habislah Konah 
Lepas setle jelajah Bohey Dulang , xtvt ke-2 hari ni snorkling kat tepi  pulau tetttttt **tatau nama pulau tu** sampai pulau tu kita orang lunch dulu **boatman yang taff sediakan makanan utk we'ols**, Nasi Putih+Ayam Goreng+Sosej+Sotong **u see u see mmg x abih abih ngan sotong** makan dalam bot sblm terjun snorkling, time makan ni tiba tiba ada pulak makhluk Allah yang bawak sebotol sos cili dan ada plak yang bawa cili api, so dari makanan yang kering tu terus bertukar jadi makanan yang amat menyelerakan, iols x tau sapa yang bawak makanan tambahan tu tapi nak jugak cakap Terima Kasih. Pas makan apa lagi terjun la snorkling, aku cadangkan sapa2 nak snorkling dekat area Mabul ni sila lah pakai kasut sbb batu karang dia dekat gila dgn tpt kita nak snorkling tu, tpt snorkling ni x berapa nak bes sangat ok , skrg kita proceed citer lain plak. hahaha di sebabkan syok sangat dekat Bohey Dulang dan snorkling tadi timing untuk xtvt petang ngan anak2 pulau dah lari so discuss dan dgn kuasa veto yang abam presiden ada kita proceed xtvt ngan anak pulau esok shj. Tu la untung nya ngan paci and the geng ada je Plan B nya **terbaik la korang** yg penting time dia orang discuss tu aku dalam bot terngah membongkang dgn alasan kaki sakit  **tq banglong sbb bg ruang untuk iols baring dalam bot**

Pulau Tettttt
aku tatau tujuan gambo ni
penat berenang
2jam perjalanan dari pulau tetttt tu br la sampai ke Mabul, lupa nak cakap 2 jam perjalanan tu mmg  mencabar sbb ombak besar jadi kita orang dalam bot ni terlompat2 nasib baik x terpelanting jatuh dalam laut dan yang penting ustaz cakap peranakan dia dah rosak abis **x pe ustaz nnt balik semenanjung g baiki peranakan kat workshop ye** haha **ustaz ni kaki melawak jugak tau**. selama dekat Mabul ni kita orang akan bermalam dekat #SeaHorse, wow!! Abam2 ngan kakak2 kat seahorse tu semua taff taff **matilah x dpt bayangkan akak2 taff*. pembahagian bilik pun bermula, budak pompuan kena duduk dorm yang lelaki pulak di layan mcm VIP sebilik 2 orang dan aku pulak VVVVVVVVVVVVIP **tudia V x hingat donia** dapat 1 bilik sorang , so malam ni boleh la projek atas laut **matiler**..

bukti peranakan jatuh
no caption
sunset 1


sunset 1

SeaHorse
#SeaHorse
Malam xtvt dekat School Of Hope, nak citer sikit , #SchoolOfHope ni di uruskan oleh Mr. Stanley dan aku x tau cakap apa lagi, korang boleh google nak tau pasal sekolah ni, kang panjang plak aku nak menaip sejarah sekolah ni ngan sejarah abam Stanley tu haha. tapi apa2 pun sekolah ni lebih kurang mcm tpt pengajian basis yang mana dia ajar ABC dan 1 + 1 . ruangan tpt belajar dia sempit dgn 79 orang budak pulau itu lah kesusahan mereka untuk belajar walaupun ada yang berumur 17 tahun br tau ABC tapi sekurang kurangnya ada inisiatif untuk belajar, #SekolahHarapan ni jugak buka peluang pada sapa2 yang nak volunteer menjadi cikgu cikgu sambilan di sana dan boleh terus berhubung ngan Abam Stanley yang gagah perkasa itew. Hehe.  malas nak cakap banyak sbb iols tau korang  nak tgk gambar je kan, hadap la tgk gambar xtvt we’ols ngan anak pulau **sentapppppppp ada budak muka x sunburn biarpun duk pulau**, lupa nak cakap, di fahamkan yang dtg #SekolahHarapan ni adalah dari Kaum Suluk dan dekat Mabul ni ada 2 kaum sahaja #Suluk dan #BajauLaut .

#SekolahHarapan
ini Cikgu Ali, satu2 nya cikgu FullTime

#SchoolOfHope

#SchoolOfHope
#SchoolOfHope

Stanley & P. A Nolly
#Mabules
tu dia kak intanz
time ni aku rasa sangat match ngan Stanley haha
sumbangan dari #Mabules


Dalam jam 11.00 tamat lah program bersama anak anak ikan eh tersilap. anak anak pulau, jumpa esok untuk game tepi pantai yeeeeeee. tapi kan kat sini nak cakap, anak anak ini sangat lah ramah dan dia orang x malu nak melibatkan diri dalam xtvt we’ols dan setiap yang di tanya dia orang akan jawab dan bg respon positif, nasib baik iols x tanya ‘sapa nak jadi anak ikan iols’ kalau x mesti ramai yang angkat tangan. **dah nampak niat iols kat situ?? Kbai** hahaha. pengalaman di #SekolahHarapan ini membuatkan hati iols tersentuh, dan mampu menitis kan air mata **tu diaaaaaa fefeling pelakon lelaki terbaik**. Balik SeaHorse dan sambung tengok Bulan dan Bintang. wow!!! ROMENTIK sangat kalau dapat bawak ehem ehem kat sini.

No comments:

Post a Comment